suria

Shahrulezad sifatkan golongan yang balik kampung tanpa alasan pentingkan diri dan tak bertanggungjawab!

Ijat berasa bimbang melihat segelintir masyarakat pulang ke kampung tanpa keperluan penting.

PENGUMUMAN Perintah Kawalan Pergerakan yang dikeluarkan kerajaan memberi kesan kepada penutupan premis kerajaan dan swasta kecuali perkhidmatan penting negara (essential services).

Berikutan itu, ada segelintir rakyat Malaysia yang mendapat cuti selama dua minggu mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung halaman sejak malam Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis tarik semula larangan keluar antara negeri

Pengarah drama terkenal iaitu Shahrulezad Mohameddin meluahkan rasa bimbang dengan situasi segelintir rakyat yang dilihat panik selepas perintah itu dikeluarkan.

Shahrulezad memberi pendapat mengenai pelajar universiti yang pulang ke kampung.

Shahrulezad menyifatkan golongan yang pulang ke kampung tanpa keperluan penting itu mementingkan diri dan tidak bertanggungjawab.

"Bagi saya, orang yang pulang ke kampung bukan disebabkan ada alasan atau keperluan penting ini pentingkan diri sendiri dan mempunyai sikap tidak bertanggungjawab.

"Walaupun tempat kerja memberi cuti, tidak bermakna kita perlu pulang ke kampung. Jika betul-betul ada sebab atau alasan yang kukuh, itu tak apa.

"Kasihan dekat orang-orang tua di kampung jika anda membawa virus kepada mereka yang mudah dijangkiti," kata Shahrulezad kepada mStar.

Walaupun tempat kerja memberi cuti, tidak bermakna kita perlu pulang ke kampung.

SHAHRULEZAD MOHAMEDDIN

PENGARAH

Keutamaan kerajaan pada masa ini adalah untuk mencegah penularan baharu wabak ini yang dibimbangi akan menjangkiti lebih ramai rakyat.

Situasi semasa wabak ini memerlukan tindakan drastik diambil bagi memulihkan keadaan secepat mungkin.

Untuk itu, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan, mulai 18 Mac 2020, iaitu Rabu hingga 31 Mac 2020, di seluruh negara.

Perintah kawalan ini dibuat di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

Artikel Lain