suria

Tak sia-sia masa terluang sepanjang PKP... 7 selebriti popular lebihkan ibadah, mengaji Al-Quran!

Selebriti popular jadikan PKP peluang untuk mantapkan ilmu agama.

PERINTAH Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan bagi membendung penularan wabak Covid-19 turut memberi hikmah kepada selebriti tempatan apabila mereka menggunakan kelapangan masa ini bersama ahli keluarga.

Selain mengisi masa dengan aktiviti bermanfaat, ada juga antara mereka menggunakan ruang untuk beribadat dan memantapkan bacaan Al-Quran.

Pada awalnya, kelas pengajian Al-Quran ini dimulakan oleh penyanyi nasyid, Fakhrul Unic yang mengundang beberapa orang selebriti menyertai program mengaji di Instagram miliknya.

Jom kita intai selebriti popular yang mengisi tempoh waktu PKP dengan aktiviti keagamaan!

1) Fakhrul Unic

Fakhrul memulakan kelas 'live ngaji IG' di akaun Instagram miliknya dengan mengundang selebriti popular menyertainya di laman tersebut.

Fakhrul ajak artis popular mengaji di Instagram.

Antara selebriti yang diundang ialah Siti Nordiana, Erra Fazira, Uyaina Arshad, Syamel, Saharul Ridzwan, Amira Othman dan Atu Zero.

2) Nabila Huda

Tidak mahu masa terbuang sia-sia, Nabila Huda mengajak pengikut laman sosialnya membaca Al-Quran bersama-sama sepanjang tempoh PKP.

Nabila Huda cabar diri baca Al-Quran sehari satu muka surat.

Mengakui biarpun sebutan tidak begitu lancar berikutan sudah lama tidak mengaji, Nabila berkata dia percaya mampu memperbaiki bacaannya jika terus melakukan cabaran tersebut.

3) Siti Nordiana

Menggunakan masa terluang dengan perkara bermanfaat, Siti Nordiana atau Nana menyertai sesi mengaji secara langsung bersama penyanyi nasyid, Fakhrul.

Penyanyi lagu Hatiku Milikmu ini turut mengadakan program siaran langsung, Nana Tanya Ustaz Jawab di Instagram.

Nana buat program live tanya ustaz di Instagram.

Siti Nordiana berkata tujuannya bersiaran langsung dalam program itu adalah untuk berkongsi kebaikan supaya memberi manfaat kepada semua.

4) Nazim Othman

Pelakon Nazim Othman turut memuat naik rakaman video membaca Al-Quran di Instagram miliknya. 

Meskipun ada yang menegur cara bacaannya, namun Nazim menerima teguran itu dengan hati terbuka.

Nazim terima teguran peminat dengan hati terbuka.

"Buat apa nak malu bila kena tegur, terima kasih yang tegur saya baca tak cukup harkat dalam posting sebelum ini.

"Sebab korang la saya terus buka kitab balik... pahala dapat dekat awak juga, InsyaAllah," tulisnya.

5) Ernie Zakri

Penyanyi yang baru sahaja membuat keputusan untuk berhijab, Ernie Zakri turut berkongsi rakaman mengaji Al-Quran di Instagram dan menerima pujian peminat.

Ernie berharap program mengaji secara langsung itu beri manfaat kepada pengikut.

"Terima kasih semua sudi tengok live IG kami mengaji Al-Quran! Moga dapat manfaat bersama... InsyaAllah. Terima kasih ustaz Fakhrul.

"Terima kasih juga buat semua yang menyaksikan live IG Ernie dengan Ustaz Fahmi Asraff! Sedapkan ustaz bertarannum, sedikit sebanyak penambahan ilmu kita malam ni," kata Ernie.

6) Shiha Zikir

Penyanyi Shiha Zikir menjadikan amalan membaca Al-Quran sebagai rutin harian sepanjang tempoh PKP ini.

Menerusi Instagram, Shiha menperdengarkan alunan bacaan ayat suci Al-Quran.

PKP beri hikmah untuk Shiha belajar lebih tentang agama.

"Inilah rutin harian Shiha sepanjang PKP sejak beberapa hari. Belajar dari asas mengaji dengan sahabat Salima Habibi dan Heliza Helmi.

"Setiap kejadian pasti ada hikmahkan? Sekarang Shiha ada banyak masa untuk lebih belajar dan belajar," katanya.

7) Fasha Sandha

Pelakon Fasha Sandha berkata dia dan suami banyak meluangkan masa untuk beribadah bersama keluarga sepanjang tempoh PKP ini.

Perkara itu dikongsi menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.

Fasha jadikan PKP ruang beribadah bersama keluarga.

"Allah sentiasa menguji kita di muka bumi ini, ayuh kita ambil positif dengan ujian Allah bagi ini.

"Untuk kami sekeluarga, kami tenang-tenang saja di rumah, kami ambil ruang yang ada untuk puasa ganti, puasa sunat berselang seli hari, setiap hari wajib berjemaah, ajar anak-anak membaca, mengaji, dan buat homework," ujarnya.

Artikel Lain