suria

PU Abu kena kecam main TikTok, diminta buang 'username' Pencetus Ummah - “TikTok ni bukan saja asah kreativiti malah eratkan silaturrahim”

PU Abu dikecam gara-gara main TikTok.

TINDAKAN Pencetus Ummah Abu Sufyan mengisi masa lapang dengan bermain aplikasi TikTok mengundang kecaman netizen.

Video yang dimuat naik di laman Instagramnya itu menerima komen negatif menganggap pendakwah bebas itu tidak sepatutnya menggunakan nama Pencetus Ummah di akaun aplikasi itu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya nak fokus perbaiki mana yang lopong dalam hidup saya” - PU Abu hulur bantuan makanan kepada 'frontliners'

ARTIKEL BERKAITAN: “Stay put, kita buat TikTok” - Tak sampai sehari, poster pertandingan untuk pelajar IPT dah dipadam

"Buanglah username Pencetus Ummah kau tu Abu!" ujar salah seorang netizen.

Bagaimanapun, PU Abu berkata, dia tidak perasan dan akan menukar nama akaun itu.

“Tak perasan pula, nanti saya buang ya. Terima Kasih,” ujarnya.

PU Abu aktif sebagai penceramah bebas.

Dalam pada itu, menerusi kapsyen video TikTok berkenaan, PU Abu memberitahu bahawa dia hanya menyahut cabaran yang disarankan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad.

"Bersempena saranan Menteri Pengajian Tinggi kita, saya menyahut cabaran untuk buat video TikTok yang mungkin melambangkan kecerdikan saya dalam akademik.

"Aku buat ni suka-suka je jangan salah faham pula. Kadang-kadang TikTok ni bukan sahaja boleh mengasah daya kreativiti anda malah boleh merapatkan hubungan silaturrahim," tulisnya.

Pertandingan TikTok yang dipercayai dianjurkan bagi menggalakkan orang ramai khususnya golongan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) untuk menyerlahkan kreativiti mereka biarpun terpaksa berada di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berlangsung.

Aku buat ni suka-suka je jangan salah faham pula.  

PU ABU

PENCETUS UMMAH

Bagaimanapun, video dan tweet asal sudah dipadam, dipercayai setelah menerima kecaman ramai.

Rata-rata netizen meluahkan rasa kesal dengan tindakan itu dan menganggap itu tidak sesuai bagi seorang yang mempunyai ilmu agama yang tinggi.

"Mana maruah sebagai penuntut ilmu agama? "Yarabbi... Ini ke PU dan mutawif umrah?

"Kasihan semua orang nak kecam dia. Orang ni berhibur sikit biarlah dia, jangan asik dok kecam je," tulis beberapa netizen di Instagram.

TikTok, PU Abu

Artikel Lain