suria

“Miskin budak-budak ni selipar pun tak ada” - Ning Baizura dikecam salah guna emoji ketawa!

Ning Baizura jelaskan maksud komen yang ditinggalkan di video tersebut.

GARA-GARA tersalah menggunakan emoji (ikon) pada komen yang ditulis di salah satu posting di laman Instagram, penyanyi Ning Baizura menerima kecaman netizen.

Menerusi akaun milik Intrend Malaysia, Ning secara berseloroh menulis komen mengulas mengenai video memaparkan beberapa orang kanak-kanak ditahan polis kerana keluar bermain ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Namun komen yang ditinggalkan Ning itu menimbulkan rasa kurang senang netizen kerana dikatakan seperti memperlekehkan keadaan kanak-kanak tersebut yang dilihat tidak mengenakan kasut.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya ada cuba hubunginya tapi…” - Ning Baizura terpaksa guna Youtube kaji karakter Marina Mahathir

"Miskin budak-budak ni selipar pun tak ada! (emoji ketawa)," tulis Ning.

Sementara itu, menerusi komen balas yang ditulis, penyanyi lagu Awan Yang Terpilu ini berkata dia memahami situasi yang sedang dihadapi kanak-kanak tersebut.

Komen Ning mengundang rasa kurang senang netizen.

Malah, dia mengakui tersalah menggunakan emoji pada komen yang ditulisnya itu.

"Saya faham situasi mereka, kalau awak tak faham maksud saya jangan melatah... terima kasih!

"Saya taip tergesa-gesa dan ingatkan saya letak :'( (emoji nangis). Alhamdulillah, terima kasih bagi saya pahala," balasnya pada salah satu komen.

Video sekumpulan kanak-kanak disoal polis kerana keluar bermain dalam tempoh PKP menjadi tular di media sosial.

Meskipun sudah menjelaskan situasi sebenar, namun netizen masih membanjiri ruangan komen dan mencadangkan supaya Ning turun membantu kanak-kanak tersebut.

Menerusi video yang dimuat naik akaun tersebut pada Isnin, kelihatan kira-kira 10 orang kanak-kanak ditahan polis kerana bermain di luar rumah ketika tempoh PKP.

Rakaman tersebut mencuit hati netizen apabila polis memberitahu mahu membawa mereka ke balai polis.

Ning Baizura

Artikel Lain