suria

Danial Zaini pasrah rambut 'tobek' kerana gunting sendiri - “Iktibar... dah macam abang long tiger rambut ni!”

Danial Zaini sedih rambut cacat kerana potong sendiri.

SEPANJANG tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), salun rambut merupakan antara premis perniagaan yang tidak dibenarkan beroperasi bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Akur dengan arahan kerajaan itu, orang ramai mula menunjukkan kemahiran menggunting rambut sendiri di rumah masing-masing.

Tetapi lain pula jadinya dengan pelawak dan penyampai radio, Danial Zaini apabila rambut yang digunting tidak seperti diharapkan dan tidak sempurna.

ARTIKEL BERKAITAN: Ambil kesempatan buat lagu sindir artis rayu bantuan? Danial Zaini kata ia kebetulan - “Tolong jangan laga-lagakan kami”

"Iktibar untuk semua... tadi lepas berbuka cuba nak potong sideburn sekali tergunting sampai atas. Dah macam abang long tiger dah rambut ni.

"Kalau tak reti gunting rambut jangan cuba-cuba gunting guys! Nasib boleh tumbuh!," katanya menerusi Instagram.

Perkongsian Danial menarik perhatian pengikut.

Bersama kapsyen tersebut, dia turut memuat naik foto keadaan rambutnya selepas digunting.

Sementara itu, Danial turut meluahkan rasa lega apabila kecacatan pada rambutnya itu dapat disembunyikan semasa menjalani penggambaran di studio.

"Ramai tanya apa jadi dengan rambut saya... Alhamdulillah semasa rakaman program mekap artis berjaya membuat rambut saya nampak begitu sempurna.

Danial lega jurumekap berjaya tutup kecacatan rambutnya.

"Dia letak mekap tompok-tompok hitam dan sikat belah sini (tutup kerosakan), nampaknya penyamaran rambut saya berjaya," ujarnya.

Rata-rata pengikut terhibur dengan perkongsiannya itu dan meminta penyanyi lagu Siti Bilang Cuti ini untuk terus bersabar.

"Sabar... kasi botak licin teruslah! Mujur rambut boleh tumbuh balik.

"Samalah kita menyesal gunting sendiri... tapi elok dah tu, kalau orang tanya bagitahu ini style baru nama dia," komen pengikut.

Danial Zaini

Artikel Lain