suria

Shima Anuar bengang dituduh layan pelanggan kasar, jual laksam hanya kepada orang kaya - “Tak logik! Saya ada bukti mesej perbualan…”

Shima pada mulanya hanya suka-suka namun tidak sangka mendapat sambutan.

PERTAMA kali berniaga, pelakon Shima Anuar berkongsi cabaran yang dilalui apabila seorang pelanggan membatalkan pesanan makanan laksam yang dijualnya pada saat akhir tanpa memberi sebarang alasan.

Individu tersebut turut menghantar kiriman emel kepada mStar mengatakan dia membatalkan tempahan dan menyekat Shima daripada aplikasi Whatsapp kerana kecewa dengan layanan aktres itu terhadapnya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Barang harga seratus, minta iklan macam bayar RM3,000” - Shima Anuar kesal sikap peniaga minta promosi tak masuk akal

Bagaimanapun, Shima, 29, menafikan dakwaan individu itu bahawa dia membalas mesej secara kasar kepada pelanggan terbabit.

Antara kandungan emel yang diterima mStar daripada individu yang kecewa dengan layanan Shima terhadapnya.

"Dakwaan tersebut fitnah! Saya tidak pernah membalas mesej dengan kasar dan saya tidak sengaja meletakkan telefon ketika dia hubungi saya. Ketika itu, line di rumah saya tak ada dan panggilan terputus.

"Saya ada bukti perbualan mesej itu dan tiada perkataan pun yang menunjukkan saya berkasar dengan dia. Sebelum ini, dia ada komen di IG saya mengatakan saya hanya jual kepada pelanggan kaya sahaja.

Tapi bila saya mesej dah tak dapat, rupa-rupanya dia sudah sekat saya di WhatsApp.

SHIMA ANUAR

PELAKON

"Fikir logik la, tak kan saya nak tanya setiap pelanggan kaya atau tidak dan tak kan la saya hanya nak jual laksam kepada orang kaya sahaja. Memang tak logik la!" kata Shima kepada mStar.

Pada malam Selasa, mStar ada menerima kiriman emel daripada individu yang meluahkan rasa kecewa terhadap sikap dan layanan seorang artis yang menjalankan perniagaan menjual laksam secara talian.

Individu tersebut mengakui dia telah menyekat artis tersebut di aplikasi WhatsApp selepas kecewa artis tersebut membalas mesej dengan kasar dan seakan-akan tidak mahu melayan pelanggan sepertinya.

Shima kongsi pengalaman pertama kali berdepan dengan pelanggan membatalkan tempahan pada saat akhir.

Dalam pada itu, pelakon filem Highland Tower ini memberitahu dia tidak sangka akan berhadapan dengan pelanggan seperti itu memandangkan ia merupakan pengalaman pertamanya berniaga dalam talian.

"Individu tersebut bekerja sebagai penghantar makanan dan saya kenal ketika dia datang rumah untuk mengambil tempahan pelanggan saya. Malah, ketika itu dia sempat mengambil gambar bersama saya.

"Keesokan hari, dia tempah laksam untuk dua pax. Mula-mula dia kata nak bayar melalui bank tapi dia beri alasan nombor akaun yang saya berikan itu salah walaupun sebenarnya betul saja.

"Untuk memudahkan dia, saya suruh bayar tunai saja bila terima laksam itu nanti. Tapi bila saya mesej dah tak dapat, rupa-rupanya dia sudah sekat saya di WhatsApp.

"Dah la ini kali pertama saya berniaga tapi tak sangka boleh jadi macam ini. Tapi nasib baik ada pelanggan lain yang sudi beli semula laksam yang sudah ditempah individu tersebut," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Shima Anuar, Laksam, pelanggan,

Artikel Lain