PENYANYI Aliff Aziz dan isterinya Bella Astillah mengumumkan bakal menimang cahaya mata perempuan pada Julai depan. Pasangan itu membuat pendedahan tersebut menerusi siaran langsung di laman Instagram pada Rabu. "Hari ini kita akan mendedahkan jantina bayi kami. ARTIKEL BERKAITAN: Dah nampak 'baby bump', netizen puji Bella Astillah semakin berseri-seri "Alhamdulillah, saya tidak kisah apa pun jantina, yang penting sihat," kata Aliff. Pendedahan jantina itu dibuat secara langsung di laman sosial berikutan Bella tidak berada di sisi suaminya di Singapura berikutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Bella dan Aliff duduk berjauhan kerana PKP. Keluarga Aliff turut kelihatan sepanjang sesi siaran langsung itu termasuklah adiknya yang juga penyanyi Aisyah Aziz. Sebelum ini, penyanyi lagu Tenang itu mengesahkan dia dan Aliff sudah kembali rujuk sebagai suami isteri ketika mereka masih dalam edah kira-kira Julai tahun lalu. Bella dan Aliff bercerai pada 16 Mei tahun lalu selepas Aliff beberapa kali berlaku curang dengan seorang wanita bergelar selebriti. Pasangan itu berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Mohd Ayden Adrian yang kini berusia tiga tahun. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!