suria

Fouziah Gous masak untuk asnaf, sedih tak dapat ziarah kubur bapa

Fouziah menyediakan juadah untuk keluarga asnaf genap lapan tahun pemergian bapanya.

GENAP lapan tahun pemergian arwah bapanya pada Jumaat, pelakon Datin Fouziah Gous sedih tidak dapat menziarahi kubur bapanya Allahyarham Mohd Gous Ghulam akibat pendamik Covid-19.

Justeru itu, pelakon itu mengambil peluang itu dengan bersedekah dengan menyediakan juadah berbuka puasa untuk keluarga asnaf.

ARTIKEL BERKAITAN: Ada pihak tidak senang kejayaan bisnes Fouziah Gous, beberapa kali cubaan serbu kilang sarang burung

"Arwah ayah saya meninggalkan kami sekeluarga pada 22 Ramadan, jadi hari ini genaplah 8 tahun. Jika ada ruang sedekahkan Al-Fatihah buat arwah ayah saya.

"Tak dapat nak ziarah kubur tapi Alhamdulillah hari Jumaat yang mulia ni dapatlah masak sendiri untuk keluarga asnaf," jelasnya.

Tidak dapat menziarahi kubur arwah bapanya, Fouziah menyediakan juadah berbuka untuk keluarga asnaf.

Fouziah berterima kasih kepada ahli jawatankuasa Masjid Bukit Jelutong kerana mendoakan bapanya.

"Terima kasih Masjid Bukit Jelutong untuk doakan ayah saya di masjid. Semua rahsia Allah, besar sungguh rezeki Arwah. Alhamdulillah," tulisnya di laman Instagram.

Untuk rekod, bapa Fouziah iaitu Mohd Gous meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital pada 11 Ogos 2012.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Fouziah Gous

Artikel Lain