suria

Lufya dipersoal bawa anak keluar rumah beli baju raya - “Puting, botol semua dah pecah, pampers habis... tak ada siapa nak jaga dekat rumah!”

Tindakan Lufya bawa anak jadi pertikaian netizen di Instagram.

TINDAKAN pelakon Lufya Omar membawa anaknya, Laana Haura ke tempat awam semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mengundang persoalan pengikut di laman Instagram.

Menjawab pertanyaan netizen berkenaan, Lufya berkata dia terpaksa membawa anaknya itu atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

"Al kisahnya semalam keluar bawa Haura nak cari barang-barang keperluan dan baju raya anak. Ikutkan tak nak bawa pun dia keluar, dah tak ada siapa jaga jadi bawalah si kecil ni.

ARTIKEL BERKAITAN: Lufya ketepi masalah rumah tangga, undang suami ke majlis hari lahir anak - “Dia tetap bapa Laana Haura”

"Puting, botol semua dah pecah, pampers pun habis... tak ada siapa nak jaga dekat rumah! Aduhai mak akan buat apa yang termampu," katanya.



Lufya jawab komen seorang pengikut.

Pengikut tersebut mempersoalkan tindakan Lufya membawa anak tunggalnya itu keluar rumah ketika negara dilanda penularan wabak Covid-19.

"Kenapalah di bawa anak tu keluar, perdana menteri dah bagi kelonggaran keluar bukan untuk merisikokan anak... kalau sebelum ni boleh beli keperluan tanpa bawa anak, kenapa sekarang tak boleh?



Lufya ambil langkah berjaga-jaga bimbang dijangkiti Covid-19.

"Setakat nak beli baju raya anak, ukur sajalah badan dia... walau dah pakai macam-macam perlindungan tapi kalau nasib tak baik, takut terkena juga," tulis seorang pengikut.

Sementara itu, isteri kepada Dr Che Muhammad Haz Che Baharum ini turut memaklumkan dia sudah mengambil langkah penjagaan awal sebelum keluar rumah.

"Si kecil ni siap janji tak nak buka topi dan pelindung muka dia... kena berjanji dulu dekat rumah, kalau tak, tak boleh ikut. Mengadu juga panas!

"Terima kasih atas keprihatinan, doakan keselamatan kami walau duduk di rumah sekali pun. Moga Allah jaga kami," ujarnya.

Lufya, Laana Haura

Artikel Lain