suria

Feeya Iskandar hairan orang ramai tetap cuba balik kampung - “Korang tak rasa ke buang masa... kenapa masih lagi berdegil?”

Feeya kecewa rakyat Malaysia tidak mahu patuhi arahan kerajaan.

TINGGAL beberapa hari sebelum Syawal tiba, lebuhraya mulai sesak dengan kenderaan yang cuba merentas negeri untuk pulang ke kampung walaupun rakyat tidak dibenarkan merentas negeri sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Penyampai radio Suria FM Feeya Iskandar meluahkan rasa kecewa dengan kedegilan orang ramai yang tidak mematuhi arahan yang dikeluarkan kerajaan dan masih mencuba untuk pulang ke kampung.

ARTIKEL BERKAITAN: Aiman Tino izin saudara terdekat ziarah raya tapi harus ikut SOP - “Inilah masa untuk kita lebih hargai orang tersayang”

"Cik Piah nak tanya eh, kenapa ada lagi yang masih degil? Masih lagi nak merentas negeri? Masih lagi nak balik kampung? Masih lagi rasa ada harapan melepasi sekatan jalan raya.

"Tak lepas pun... ada sekatan jalan raya, kena U-turn balik, lepas tu kena denda lagi," ujarnya.



Feeya anggap rakyat Malaysia degil enggan mematuhi arahan yang dikeluarkan kerajaan.

Menurut Feeya, orang ramai yang cuba untuk merentas negeri untuk pulang berhari raya hanya membuang masa kerana pastinya tidak akan terlepas.

"Korang tak rasa ke semua benda tu buang masa dan kenapa korang masih lagi berdegil nak balik kampung sedangkan korang dah tahu, PM (Perdana Menteri) dah cakap merentas negeri untuk pulang ke kampung berhari raya tidak dibenarkan.

"Lagi sekali saya ulang, tidak dibenarkan. Tapi kenapa masih lagi berdegil?

Tambah Feeya, jika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan semula, rakyat Malaysia perlu bertanya pada diri kenapa susah untuk mematuhi arahan.

"Kalau lepas ni ada PKP balik jangan tanya kenapa, tapi tanya pada diri sendiri kenapa kita susah sangat nak ikut peraturan ataupun arahan yang kerajaan keluarkan.

"Tak boleh merentas negeri, nak juga merentas negeri. Saya tak faham betul," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Feeya Iskandar, PKPB, Covid-19

Artikel Lain