suria

Ezzaty Abdullah faham situasi ibu bapa terpaksa bawa anak keluar rumah - “Tapi maaf ibu tak berani... tak ada ilmu kebal!”

Ezzaty Abdullah dan suami belum bersedia bawa anak ke tempat awam.

TINDAKAN segelintir ibu dan bapa membawa anak-anak yang masih kecil berada di tempat awam boleh mendedahkan mereka kepada jangkitan Covid-19.

Bimbang virus tersebut menjangkiti insan tersayang, pelakon Ezzaty Abdullah memaklumkan dia dan suami, Azwan Kombos tetap dengan pendirian untuk tidak membawa anak berada di tempat orang ramai.

"Tadi si dia (suami) bawa pergi jalan-jalan sebab nak repair rantai kaki Harum Dalia yang putus tapi sebab kena tinggalkan si kecil (Harum) tu, jadi kami belilah beberapa hadiah untuk dia.

ARTIKEL BERKAITAN: Ezzaty Abdullah jual mi udang cari jalan bayar gaji pekerja spa dalam tempoh PKP

"Maaf ibu dan ayah tak berani nak bawa awak keluar lagi sebab ibu dan ayah tak ada ilmu kebal, balik pun mandi dulu tukar baju," katanya.

Ezzaty berkongsi pandangannya itu menerusi laman Instagram pada Sabtu lalu.



Perkongsian Ezzaty di Instagram menarik perhatian pengikut.

Dalam pada itu, pelakon drama Korban Kasih ini berkata dia menyaksikan sendiri ibu bapa membawa anak-anak kecil di tempat awam terutamanya pasaraya dan pusat membeli-belah.

Bagaimanapun, dia memahami situasi yang mungkin dihadapi oleh segelintir ibu bapa yang terpaksa bertindak sedemikian.

"Tadi nampak ramai bawa anak-anak kecil dan baby berjalan-jalan. Tak apa, fikir positif! Mungkin dia orang terpaksa keluar suami isteri sebab barang yang nak beli tu besar dan berat sangat-sangat, kena pegang dua orang.



Ezzaty bersama suami, Azwan dan anak mereka, Harum.

"Lepas itu anak-anak tak ada orang nak tolong jaga, jadi kena bawa sekali... macam kami boleh tinggal anak dekat kakak ipar yang duduk dekat.

"Kalau tak memang seberat mana pun barang itu, sebesar mana pun barang itu dan sebanyak mana pun barang-barang itu ibu atau ayah sanggup je angkut seorang sambil terhuyung-hayang macam masa awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari itu... sebab tak berani bagi awak keluar rumah ke tempat awam lagi," ujarnya.

Ezzaty berkahwin dengan aktor Azwan Kombos pada 16 Julai 2016 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Harum Dalia yang kini berusia tiga tahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain