suria

Nyanyian 'terkucil' Nabila Razali salahkan diri sendiri, rakan artis beri kata-kata semangat - “Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmahnya”

Nabila berjanji untuk memperbaiki diri jadi lebih baik di masa hadapan.

SELEPAS tiga hari berdiam diri gara-gara nyanyian secara langsung menerusi lagu Peluang Kedua 'terkucil' di program MeleTOP mega Raya Ria baru-baru ini, penyanyi Nabila Razali tampil membuat permohon maaf.

Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali, 28, berkata dia meletakkan kesalahan tersebut atas dirinya sendiri dan akan cuba memperbaiki kelemahan itu masa hadapan.

ARTIKEL BERKAITAN: “Suara bodoh tu macam mana?” - Nabila Razali sedia dikecam bukan dengan perkataan kesat

"Assalammulaikum, pertama sekali, saya mohon maaf sangat kerana mengecewakan anda semua. Saya tidak meletakkan kesalahan itu kepada orang lain tetapi diri sendiri.

Nabila tampil memohon maaf di Instagramnya.

"Saya akan pastikan memperbaiki diri menjadi lebih baik pada masa hadapan. Saya pasti setiap apa yang berlaku ada hikmahnya," kata Nabila.

Bekas peserta program Akademi Fantasia 2013 (AF2013) itu membuat permohonan maaf tersebut di laman Instagramnya pada malam, Ahad.

Sedutan rakaman nyanyian secara langsung yang terkucil itu ketika di program tersebut menjadi tular dan mengundang kritikan serta kecaman daripada netizen di laman sosial.

Terima kasih selalu ada bersama saya... anda tahu siapa anda.

NABILA RAZALI

PENYANYI DAN PELAKON

Rata-rata netizen mempertikaikan kemampuan nyanyian pelakon drama Seindah Tujuh Warna Pelangi tersebut memandangkan kejadian itu bukan kali pertama berlaku.

Biarpun menerima kecaman yang teruk namun masih ada lagi segelintir netizen dan rakan selebriti turut memberi kata-kata semangat dan berharap Nabila tidak berputus asa dalam bidang nyanyian.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Pematah Hati ini turut meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada rakan-rakan yang menghubunginya untuk memberi kata-kata positif serta semangat buatnya.

Nabila berterima kasih kepada rakan dan peminat yang memberi kata semangat kepadanya.

Menurut Nabila atau lebih mesra disapa Bella, ketika ini dia sangat memerlukan kata sokongan dan sentiasa mendoakan yang baik-baik buat semua orang.

"Kepada yang DM, WhatsApp dan hubungi saya untuk tenangkan saya, terima kasih banyak sebab selalu ada bersama saya dan berikan kasih sayang yang banyak kepada saya.

"Anda tahu siapa anda. Saya sememangnya sangat perlukannya. Saya doakan segala yang baik-baik untuk anda semua," ujarnya.

Sementara itu, peminat dan beberapa rakan artis turut memberikan kata-kata semangat kepada penyanyi Vroom Vroom ini.

"Bella... its ok setiap penyanyi pasti pernah jadi macam tu, Bella improve banyak tau. Abaikan kata-kata negatif dan jangan fikir banyak sangat. Semua orang berlajar dari kesilapan. Apa yang jadi itu normal" ujar Shiha.

"Saya masih bangga dengan awak" Hael Husaini.

"Kita manusia kakak... apa yang jadi bukan dirancang pun. Yang penting you improve a lot than before. Be proud of yourself," ujar Wani Kayrie.

"Tiada penyanyi yang tak buat silap atas pentas, teruskan kerjaya" ujar Mark Adam.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain