suria

Fizz Fairuz harap dana RM225 juta untuk anak seni diguna secara adil - “Jangan asyik bagi pada orang sama saja”

Fizz berharap bantuan khas untuk anak seni diagihkan secara adil.

BERITA mengenai bantuan khas bernilai RM225 juta yang disalurkan kerajaan untuk sektor seni, budaya dan hiburan dalam tempoh tiga bulan mendapat perhatian pelakon Datuk Fizz Fairuz.

Fizz atau nama sebenarnya Fairuz Zainal Abidin, 41, berharap bantuan tersebut diagihkan secara adil dan bukan hanya diberikan kepada orang yang sama.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiga bulan letak jawatan Ahmad Idham kembali jadi CEO Finas

Menurut suami kepada pelakon Datin Almy Nadia itu, ramai lagi penggiat seni yang memerlukan bantuan dan rungutan mereka sebelum ini tidak dilayan.



Fizz berkata demikian di laman Instagramnya.

"Prihatin, prihatin juga... Jangan asyik bagi kat orang yang sama saja. Ramai lagi yang memerlukan. Harap keadilan la di situ ya.

"Sebab sebelum ini, macam-macam rungutan dari anak seni tak dapat. Alasan macam-macam... Harap kita sama adil okay. Mari kita tonton sama-sama," kata Fizz.

Fizz berkongsi perkara tersebut dengan memuat naik paparan skrin artikel bertajuk Dana RM225 bukti kerajaan prihatin nasib anak seni di laman Instagram miliknya pada Ahad.

Bantuan berkenaan diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam pembentangan Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek pada Jumaat lalu.



Fizz Fairuz.

Ia merupakan usaha kerajaan dalam melaksanakan program dan menyediakan kemudahan kewangan bagi pelan pemulihan industri kreatif dan seni.

Bagaimanapun, Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Zakaria Abd Hamid berkata, setakat ini mekanisme penyaluran bantuan khas masih belum diwujudkan.

Dalam pada itu, rata-rata netizen di laman sosialnya bersetuju dengan kenyataan pelakon filem Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda itu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Fizz Fairuz, kerajaan, dana RM225 juta,

Artikel Lain