suria

Elisya Sandha sambut ulang tahun ke-21, Fasha Sandha titip ucapan istimewa - “Tak percaya adik perempuan saya dah dewasa”

Fasha memberikan ucapan istimewa sempena ulang tahun kelahiran adiknya, Elisya yang ke-21.

HUBUNGAN pelakon Fasha Sandha dengan adiknya yang juga aktres Elisya Sandha sememangnya sangat rapat dan sentiasa menyokong satu sama lain dalam industri seni.

Sempena ulang tahun kelahiran Elisya atau nama sebenarnya Nur Elisya Hassan pada Isnin, Fasha berkongsi ucapan istimewa untuk adiknya yang kini sudah mencecah 21 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Aidilfitri tahun ini lebih bermakna bagi Fasha Sandha kerana bakal timang cahaya mata - “Rumah kami tak dibuka untuk sahabat, hanya untuk keluarga terdekat saja”

Menurut Fasha, biarpun Elisha kadang-kala seorang yang degil dan suka memberontak seperti kanak-kanak namun dia tetap menyayangi adiknya.



Fasha memuat naik ucapan istimewa itu di Instagramnya.

"Selamat hari lahir adik bongsu perempuan saya, Elisya. Awak lahir pada 8 Jun 1999, angah yang beri nama awak Nur Elisya. Nur adalah cahaya, Elisha bermaksud bangsawan, seseorang yang mempunyai sifat dan akhlak yang tinggi.

"Selepas hari lahir ke-20 tahun, dia kini bukan lagi remaja. Tak percaya adik perempuan saya dah jadi dewasa. Awak sudah 21 tahun hari ini. Wow, 21 tahun pada 2020. Nombor bertuah.

"Selamat hari lahir sayang angah, walaupun ada masa awak sangat degil, memberontak macam budak kecil, tak dengar nasihat angah, suka membazir beli kentang tapi tak habis, angah tetap sayang semua," kata Fasha.

Jadilah insan yang mempunyai hati yang baik, secantik rupa parasmu.

FASHA SANDHA

PELAKON

Isteri kepada pelakon Aidil Aziz ini memberi ucapan hari lahir tersebut dengan memuat naik foto bersama adiknya di laman Instagram miliknya pada Isnin.

Ruang komen di perkongsian tersebut turut dipenuhi dengan ucapan hari lahir buat Elisya dan doa agar aktres itu berbahagia bersama keluarganya.

Dalam pada itu, Fasha yang kini menantikan kelahiran cahaya mata sulungnya dengan Aidil mendoakan agar Elisya menjadi seorang anak yang baik dan segala impiannya tercapai satu hari nanti.



Elisya dan Fasha bersama ibunya.

"Hari-hari tengok gambar semua adik-beradik sebab semua gambar ada di cermin bilik angah. Selamat hari lahir Elisya. Jadilah anak yang baik kepada mama dan ayah yang mendengar kata serta mempunyai akhlak yang baik.

"Jadilah insan yang mempunyai hati yang baik, secantik rupa parasmu. Semoga awak capai segala impian dalam hidup.

"Saya doakan yang baik-baik dan selamat hari lahir. Semoga kehidupan anda bahagia dan selamat menikmati hari awak," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain