suria

Hikmah berkurung 3 bulan kerana PKP, V.E belajar ilmu dunia digital - “Dahulu tak ada media sosial, sekarang perlu biasakan diri!”

Kumpulan V.E membiasakan diri dengan norma baharu dan menggunakan platfrom digital untuk berkomunikasi.

TIGA bulan berkurung kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ahli kumpulan Voices of Euphonious atau lebih dikenali sebagai V.E berkata mereka menggunakan tempoh itu sebagai peluang menerokai dunia digital.

Menurut salah seorang ahli kumpulan iaitu Damian Mikhail, sepanjang tempoh tersebut mereka mempelajari banyak perkara baharu terutamanya ilmu teknologi tanpa sempadan.

Malah, dalam masa sama V.E dapat merapatkan semula hubungan dengan peminat.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ada kongsi dalam group keluarga, rasanya bapa sudah dengar!” - NJWA lepas 'gian' nyanyi semula lagu raya nostalgia dengan nafas baharu

"Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah... PKP yang dilaksanakan bagi membendung penularan wabak Covid-19 ini memberi peluang kami ahli kumpulan mempelajari benda baharu terutamanya teknologi.

"Kalau dulu kita tak ada sosial media, tapi sebabkan PKP ini semua dari kami perlu biasakan diri dengan norma baharu dan bekerja dari rumah menggunakan teknologi seperti video call dan sebagainya.



V.E banyak berinteraksi bersama peminat menerusi laman sosial sepanjang tempoh PKP.

"Sepanjang tempoh ini kita dapat berhubung dengan peminat di Instagram, mempromosikan projek kami di laman saluran YouTube kami dan gunakan semua platform digital yang ada," katanya kepada mStar.

Selain Damian, kumpulan VE turut dianggotai oleh Zaf Nazaruddin, Cham, Shah Azmir, Luq Hakim dan Adeep Nahar.

Mereka ditemui semasa sesi temubual khas sempena kempen Cover Lagu Raya TV3 yang diadakan secara dalam talian, baru-baru ini

Turut menyertai sesi tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif Primeworks Studios, Datuk Ahmad Izham Omar.



V.E terbabit dalam kempen Cover Lagu Raya TV3.

Bercakap mengenai penglibatannya dalam kempen tersebut, V.E berkata ia menjadi platform terbaik untuk orang ramai menonjolkan bakat nyanyian dengan menghantar penyertaan.

"Kempen ini menjadi peluang terbaik untuk orang ramai di luar sana menunjukkan kreativiti masing-masing menggunakan platform media sosial yang ada.

"Kita tahu ramai berbakat tapi mereka tak tahu macam mana nak tonjolkan apa yang mereka ada... jadi inilah masanya untuk kita mencari orang yang mungkin lebih berbakat dari kami," kata Adeep Nahar.

Justeru itu, bagi rakyat Malaysia yang ingin menonjolkan kreativiti masing-masing dengan memberi versi lagu raya yang tersendiri boleh memuat naik video kreatif dengan hashtag #coverlagurayaTV3 di laman sosial dan berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik.

Sementara itu, lima lagu malar segar yang dinyanyikan semula oleh Fly & The Gypsy Cats bersama NJWA dan Sarah Ismail turut boleh ditonton di YouTube TV3.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

V.E, cover lagu raya TV3

Artikel Lain