GARA-GARA berkongsi video tidak sabar untuk pulang menyambut hari raya di kampung, pengarah terkenal Heykal Hanifah menerima kritikan netizen di Facebook kerana kurang senang dengan tindakannya membungkus baju di dalam plastik. Menjelaskan situasi sebenar, suami kepada pelakon Faezah Elai ini berkata apa yang ditonton dalam video itu hanyalah lakonan semata-mata dan dirakam secara spontan ketika dia bersama keluarga di rumah. "Apabila baca benda ni mula-mula memang berangin tapi tarik nafas dan istighfar... Alhamdulillah yang berangin tadi terus jadi belahak (bahasa utara) kalau bahasa Kuala Lumpur sendawa, jadi angin pun hilang. ARTIKEL BERKAITAN: Faezah Elai tidak kisah dilabel garang, asalkan anak tahu adab! "Cuma nak terangkan benda yang kita buat ini adalah sekadar lakonan dan baju dalam plastik tu adalah baju untuk karakter-karakter tertentu milik production yang nak dihantar ke dobi," katanya menerusi Instagram pada Isnin. Sebelum ini, Heykal berkongsi video TikTok mereka sekeluarga tidak sabar dan tergesa-gesa pulang ke kampung selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kebenaran rentas negeri bermula 10 Jun lalu. Heykal menjelaskan situasi sebenar di Instagram. Video yang dimuat naik di laman Instagram itu menerima pelbagai reaksi netizen dan rata-ratanya terhibur dengan gelagat bersahaja keluarga ini. Namun, ada juga yang berasa kurang senang dan menegur aksi Heykal membungkus baju di dalam plastik yang disifatkan sebagai cerminan sikap seseorang. "Paling tak suka lelaki macam ni, ikut dan saja. Plastik sayur pun boleh letak baju untuk balik kampung... not my taste. Bukan cara aku macam ni, daripada situ tahu kekemasan lelaki tu macam mana," tulis seorang netizen di laman Facebook. Sementara itu, pengarah drama Setelah Cinta Itu Pergi meminta individu berkenaan tidak sewenang-wenangnya menghakimi orang lain dan menulis sesuatu yang hanya boleh mendatangkan fitnah. "Janganlah menghakimi orang sesuka hati, tak baik dan tak elok. Allah SWT pun tak suka kalau hamba dia berprasangka buruk atau suka mengaibkan hamba lain. Kelihatan beg plastik yang diguna Heykal untuk membungkus baju untuk pulang ke kampung. "Lagipun apa yang saya buat ni langsung takkan memberi apa-apa kesan buruk pada hidup awak tapi komen awak tu dalam kategori mengaibkan dan boleh buat orang lain join awak secara berjemaah," ujarnya. Dalam pada itu, bapa kepada lima anak ini berharap individu itu tidak lagi mengulangi kesilapan yang sama dan menggunakan masa yang ada dengan membaca kitab-kitab agama. "Awak tu kena minta maaf dik, kalau tak nanti pening awak nak cari saya... Tak apalah dik saya maafkan kata-kata aib awak tu, tapi kalau boleh jangan buat lagi sebab kesan dia secara dalaman memang tak elok. "Baik awak baca kitab Ummul Amradh (Syaikh Ul Hadis Maulana Muhammad Zakarriya Al Khandalawi) sebab ibu segala penyakit datangnya daripada hati. Moga siapa yang baca ini pun akan dapat iktibar. "Tidakku pinta pun untuk jadi lelaki taste olehmu... cukup Alhamdulillah dengan nikmat Allah kerana kurniakan isteri dan keluarga yang ada sekarang, Syukur padamu Ya Allah," katanya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!