PEMAIN bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Mohd Izham Tarmizi berkongsi berita gembira isterinya yang juga pelakon Mia Ahmad selamat melahirkan anak perempuan pada petang Khamis. Menerusi Instastory, Izham memuat naik perkhabaran itu dan mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang sentiasa mendoakan kesejahteraan isterinya itu. "Salam... Alhamdulillah, isteri saya selamat melahirkan anak kedua kami pada jam 5.20 petang, Khamis.ARTIKEL BERKAITAN: “Semua sudah berlalu, namun saya ambil masa sembuhkan luka”- Mia Ahmad tak mampu tahan sebak "Terima kasih atas doa kalian semua," tulisnya. Perkongsian Izham dan Mia di Instagram. Pada Khamis lalu, Mia ada berkongsi foto dia berada di sebuah pusat perubatan bagi menyambut kelahiran cahaya mata keduanya itu. Usaha mStar untuk mendapatkan maklumat lanjut tidak berjaya apabila panggilan dan mesej dihantar tidak dijawab. Pelakon drama Hati Perempuan ini mendirikan rumah tangga dengan Izham pada 13 Januari 2017 dan dikurniakan anak sulung, Sayf Issa pada 28 September 2018. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!