BISIKAN misteri yang didengari semasa waktu sahur 10 Ramadan terakhir menjadi petunjuk buat ibu kepada penyanyi Aiman Tino iaitu Hazelina Mat Jalil menukar nama anak bongsunya yang ketika itu baru berusia sebulan. Cerita Hazelina atau Riena, 43, semasa kejadian dia memanggil anak terakhirnya itu dengan nama diberi iaitu Nina Qalisya, namun dengan tiba-tiba dia mendengar ada suara lembut menyebut ‘Siti Maryam’. Tanpa berlengah dia segera memberitahu suaminya, Yusri Ishak mengenai bisikan tersebut dan bersetuju menukar nama anak ke-11 mereka itu kepada Siti Maryam. ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Aiman Tino, Fara Hezel dapat adik ke-11 - “Ini anak terakhir... doktor suruh tutup kilang” "Masa itu bulan puasa, semua tengah bersahur, memandangkan saya tengah pantang, jadi duduk di bilik sahaja. "Kejadian ini berlaku dalam sedar tak sedar... masa panggil nama baby, tiba-tiba dengar satu suara memanggil Siti Maryam. Siti Maryam anak terakhir pasangan penulis lirik dan pencipta lagu, Riena dan Yusri. "Selepas itu baru tersedar, suasana ketika itu sunyi dan tenang... terus saya bangun dan beritahu suami tentang perkara ini, ” katanya kepada mStar. Sementara itu, Riena yang juga merupakan penulis lirik berkata suami serta anak-anaknya yang lain besetuju dengan cadangan menukar nama baharu tersebut. "Subuh tu juga kita tukar nama dia, ayah dia okay sahaja. Lagi pula nama itu membawa maksud baik dan merupakan nama ibu kepada Nabi Isa. Sejujurnya tak pernah terlintas difikiran nama baharu itu, saya anggap ada hikmah atas apa berlaku! RIENA IBU AIMAN TINO "Sejujurnya tak pernah terlintas difikiran nama baharu itu, saya anggap ada hikmah atas apa berlaku dan mungkin nama itu istimewa untuk anak bongsu kami, ” ujarnya. Memandangkan kelahiran cahaya mata itu ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Riena memberitahu dia masih belum berkesempatan mendaftarkan nama asal anaknya itu. Justeru itu, ia memudahkan proses pendaftaran nama baharu tersebut Yusri dan Riena bersama 11 anak mereka. "Ada hikmah... saya bersalinkan Maryam semasa PKP, jadi ada kelonggaran serta lanjutkan masa untuk mendaftar nama di Jabatan Pendaftaran Negara. "Tiada masalah soal tukar nama. InsyaAllah kami doakan supaya nama itu akan membawa rahmat dan kebaikan untuk anak terakhir kami ini. "Maryam pun tak banyak ragam, dia paling senang dijaga... Alhamdulillah! Semoga dia terus membesar sihat dan cerdas!, ” katanya. Siti Maryam dilahirkan di Hospital Selayang, Selangor pada 9 April lalu. Selain Aiman dan penyanyi Fara Hezel, Riena dan suaminya iaitu Yusri Ishak, 50, mempunyai lapan lagi anak iaitu Nur Fara Ain, 25, Mohd. Aidil, 24, Nur Isfasha, 17, Mohd. Haikal, 13, Nur Alya Mahsuri, 10, Nur Qaseh Mahsuri, 8, Mohd. Ikhwan, 5, dan Nur Nina Izara, 4. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!