suria

Abang Misha Omar meninggal dunia, peminat banjiri ucapan takziah

Foto kenangan Misha bersama arwah abangnya, Ahmad Shafuan.

PENYANYI Misha Omar berkongsi berita sedih apabila kehilangan abangnya iaitu Ahmad Shafuan Abd Rahman yang meninggal dunia pada Rabu di Hospital Seremban, Negeri Sembilan.

Menurut Misha, Allahyarham yang bekerja di sebuah syarikat di Nilai, Negeri Sembilan terpaksa berhenti kerja kerana kesihatannya semakin merosot sejak dua tahun lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dia tanya saya... penyanyi ke?” - Misha Omar belajar pakai mekap, peminat Cina kenal jumpa di kedai makan

Menerusi muat naik di Instagram, Misha berharap semua pihak yang mengenali Ahmad Shafuan dapat memaafkan segala kesalahan dan menghalalkan makan minum sepanjang mengenali arwah.

"Dengan penuh rasa dukacita, saya mewakili keluarga ingin memaklumkan bahawa abang saya (seibu berlainan bapa), Ahmad Shafuan Abd Rahman kembali ke rahmatullah menjelang tengahari semalam di Hospital Seremban.

Misha harap semua orang mendoakan arwah abangnya.

"Arwah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Ar-Raudhah, Kota Seri Emas lewat petang semalam. Allahyarham abang pernah berkhidmat di Ingress Precision Sdn Bhd, sebelum melepaskan jawatan ekoran kesihatannya semakin merosot dua tahun kebelakangan ini.

"Andai ada teman-teman kak Mitch yang mengenali Allahyarham abang Wan, kak Mitch mohon ampunkan salah silap abang kak Mitch, halalkan makan minumnya sepanjang kalian bersilaturahim di sepanjang hayatnya," kata Misha.

Penyanyi lagu Sampai Bila ini turut berkongsi foto kenangan bersama arwah pada Khamis.

Ruang komen di perkongsian tersebut dipenuhi dengan ucapan takziah dan doa untuk Allahyarham Ahmad Shafuan.

Doakan, semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan segala amalan baik allahyarham diterima di sisi Allah swt.

MISHA OMAR

PENYANYI

Dalam pada itu, Misha berharap para pengikut media sosialnya mendoakan arwah abangnya ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan segala amalan diterima Allah.

Allahyarham meninggalkan tiga orang cahaya mata iaitu Shazwan Hazique, Syakirin dan Shaukie serta seorang isteri bernama Mala Rotina.

"Doakan, semoga roh Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan segala amalan baik Allahyarham diterima di sisi Allah SWT.

"Doakan juga waris yang ditinggalkan Allahyarham iaitu Shazwan Hazique, Syakirin dan Shaukie, serta balunya, Mala Rotina diberikan ketabahan berdepan kenyataan yang menyakitkan ini kehilangan insan tersayang. Al fatihah," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Misha Omar, Ahmad Shafuan,

Artikel Lain