SEMPENA Hari Coklat Sedunia pada 7 Julai, stesen radio Suria FM menyediakan cabaran untuk Team Pagi Suria dan Suria Petang. Team Pagi Suria iaitu Issey, Ajak dan Fizi Ali dan Suria Petang yang dikendali oleh Rara, Tyzo dan Suraya perlu berentap dalam cabaran 'Coklat War'. Dalam cabaran tersebut, mereka perlu membuat Bebola Coklat Truffle dengan hanya diberikan arahan ringkas dari pakar coklat iaitu Chef Amer. Chef Amer selaku juri dan Feeya Iskandar sebagai pengacara untuk program cabaran Coklat War. Tanpa demonstrasi daripada Chef Amer, kedua-dua kumpulan diuji tahap ingatan mereka dan mengingati langkah-langkah membuat Bebola Coklat Truffle seperti yang telah diajar. Dapur Akademi Chef Amer kecoh dengan gelagat Team Pagi Suria dan Suria Petang yang sibuk menonjolkan kehebatan masing-masing membuat Coklat Truffle di hadapan Chef Amer yang merupakan juri untuk cabaran itu. Untuk melihat hasil akhir Coklat Truffle Team Pagi Suria dan Suria Petang serta siapa yang menjuarai cabaran Coklat War ini, anda boleh saksikan gelagat mereka di saluran Youtube SuriaTV dan Facebook Suria FM. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!