suria

“Jangan bergaduh, tak suka boleh unfollow!” - Sharifah Sakinah tak mahu kisah hidupnya jadi drama netizen

Pelakon Sharifah Sakinah tidak mahu kisah penceraiannya diperkatakan lagi.

SELEPAS mengumumkan penceraian dengan suaminya juruterbang Aliff Adha, pelakon Sharifah Sakinah tampil menjelaskan bahawa dia tidak akan bercerita lanjut tentang perpisahannya.

Sakinah menerusi perkongsian di Instagram mengucapkan terima kasih kepada peminat yang menyokong mahupun menghinanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami aktif aplikasi ‘dating’, rupa-rupanya Sharifah Sakinah bercerai sejak Mei lalu - “Saya tidak boleh jadi isteri yang baik”

"Saya mungkin berdiam diri dan tidak menjawab mesej yang dihantar kepada saya.

"Terima kasih kepada yang menyokong saya dan yang menghina saya. Cuma beringatlah yang anda juga ada keluarga," tulisnya.



Sakinah bersama bekas suaminya dan anak mereka.

Enggan menjadikan penceraiannya sebuah kontroversi, Sakinah berkata dia mahu menumpukan perhatian terhadap kerjayanya.

Sakinah meminta netizen yang tidak menyukai pilihan hidup atau perbuatannya untuk berhenti mengikuti akaun Instagramnya.

Pelakon Girlfriend Aku Dari Neraka ini turut meminta pengikutnya agar tidak bertengkar di ruangan komen entri tersebut.

"Saya takkan menjadikan bahagian hidup saya yang ini sebagai drama, saya takkan panjangkan cerita dan mahu fokus kepada kerjaya saya.

Silakan komen, tapi cuba untuk tidak bergaduh sesama sendiri.

SHARIFAH SAKINAH

PELAKON

"Jika ada sesiapa yang mempunyai masalah dengan pilihan hidup saya, pakaian, atau perbuatan saya boleh unfollow akaun ini.

"Silakan komen, tapi cuba untuk tidak bergaduh sesama sendiri, kita semua ada perkara lebih penting untuk dilakukan hari ini," ujarnya.

Spekulasi mengenai hubungan Sakinah dan Aliff terjawab selepas aktres itu mengesahkan hubungan mereka sudah berakhir sejak Mei lalu.

Pasangan itu berkahwin pada 28 Mac 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Anais Adha yang berusia tiga tahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Sharifah Sakinah

Artikel Lain