suria

Penyanyi baharu, Harith Zazman dedah kisah disebalik lagu ‘Cute’ - “Seronok dapat berkarya, duit itu datang kemudian”

Harith tertarik dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Lee dan jadikan sebagai model video klipnya.

BERMULA dengan hanya suka-suka, penyanyi baharu Harith Zazman tidak menjangkakan video muzik lagunya berjudul Cute (Stop Lah Being So Cute) akan mencecah lebih 3 juta tontonan dalam masa yang singkat.

Menurut Harith, 26, dia menggunakan lagu tersebut untuk meluahkan perasaannya terhadap seorang wanita yang juga model dalam video klip tersebut iaitu Nuramalina Ghakashah atau mesra disapa Lee.

ARTIKEL BERKAITAN: Kru kabin akur sesi photoshoot ‘dicaras’, ada model lebih comel ambil alih studio - “Set tu macam dia punya”

"Saya terkejut dan tidak sangka video muzik lagu itu mendapat feedback yang sangat baik serta mendapat lebih 3 juta tontonan dalam masa yang singkat. Sebab pada awalnya saya hanya buat lagu itu suka-suka sahaja.



Video klip lagu Harith sudah cecah lebih 3 juta dalam masa singkat.

"Dapat idea buat lagu itu pun selepas terlihat Instagram seorang wanita yang sangat menarik hati saya. Jadi, saya luahkan perasaan melalui lagu tersebut. Mula-mula saya muat naik lagu itu untuk 15 saat saja di TikTok.

"Tapi tak sangka boleh menjadi viral di aplikasi tersebut. Fattah Amin, Nora Danish dan Alvin Chong antara selebriti yang menggunakan lagu saya itu di TikTok," kata Harith kepada mStar.

Lagu bersama penyanyi Rap LOCA B dan MFMF itu dimuat naik di saluran YouTube pada 18 Jun lalu dan kini sudah mencecah lebih 3 juta tontonan serta 151,000 tanda suka.

Dalam pada itu, Harith yang juga aktif dalam YouTube memberitahu dia memasuki industri seni bukan kerana memikirkan soal wang namun lebih kepada keseronokan dapat menghasilkan karya.



Harith seronok dapat mengarahkan video klip sendiri.

"Saya memang minat dalam dunia seni terutama dalam pembikinan filem. Sebab itu saya bermula daripada bawah dengan mengarah video muzik saya sendiri.

"Mana tahu selepas ini ada rezeki saya dalam industri perfileman pula. Sebenarnya saya masuk industri seni pun tidak memikirkan soal wang atau keuntungan pun.

"Bagi saya, keseronokan dapat menghasilkan karya itu pun dah cukup. Duit itu akan datang kemudian. Saya suka luahkan apa yang saya rasa melalui muzik atau seni.

"Saya nak cuba hasilkan sesuatu yang fresh dan baru serta dapat mewarnai industri seni Malaysia," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Harith Zazman, LOCA B, MFMF, Cute,

Artikel Lain