suria

10 bulan 'single', Kak Girl sudah temui pengganti, bakal nikah September - “Dia crush saya masa zaman sekolah”

Kak Girl bakal menamatkan zaman janda pada September depan.

SELEPAS 10 bulan mengumumkan sudah bercerai, personaliti media sosial Kak Girl memberitahu dia kini sudah bertemu pengganti dan mengikat tali pertunangan dengan seorang duda, Osman Ali pada 28 Jun lalu.

Kak Girl atau nama sebenarnya, Nur Amira Maslan, 33, berkata, dia mengenali Osman ketika di bangku sekolah dan mengakui pernah menyimpan perasaan terhadap lelaki itu ketika usia 14 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Tiada lagi aksi lucu suami isteri dalam kereta, Kak Girl sahkan sudah bercerai - “Orang hanya nampak gelak ketawa”

"Sebenarnya saya crush dengan dia ketika umur 14 tahun, masa tu tahun 2003. Dia merupakan abang kepada kawan baik saya.

Kak Girl sudah mengenali tunangnya, Osman Ali sejak tahun 2003.

"Kami kenal memang lama, tapi setakat crush saja... tak berani nak lebih-lebih sebab saya fikirkan kawan saya, dia pun fikir yang saya ni kawan kepada adik dia.

"Disebabkan itu kami berkawan macam biasa dan lama-lama kami pun bawa haluan masing-masing," katanya kepada mStar.

Pelakon drama Luka Di Hati Diya ini memberitahu dia mula kembali rapat dengan lelaki itu pada Mac lalu ketika Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.

Kata Kak Girl, Osman tidak mahu tunggu lama dan meluahkan hasrat untuk melamarnya bagi membina semula kehidupan baharu.

"Kami terjumpa semula semasa awal PKP hari tu. Lepas dah berkawan dalam tiga bulan, dia nyatakan hasrat untuk melamar saya dan cari pengganti untuk ibu kepada anak-anaknya. Dia pun sudah lima tahun menduda.

"Memang dia yang ajak bertunang. Kami kan dah kenal lama, bila terjumpa balik tu kami tak nak lepaskan peluang untuk bersama," ujarnya.



Kak Girl dan Osman mengikat tali pertunangan pada 28 Jun lalu.

Walaupun merancang untuk bernikah pada 9 januari 2021 sempena ulang tahunnya, Kak Girl berkata pihak lelaki ingin mempercepatkan pernikahan itu iaitu pada September ini.

Sementara itu, bercerita tentang keistimewaan tunangnya, Kak Girl menyifatkan Osman sebagai seorang yang sangat positif, penyayang dan penyabar malah sangat matang dalam hubungan mereka.

Dia seorang yang sangat penyabar.

KAK GIRL

PERSONALITI MEDIA SOSIAL

"Keluarga belah tunang kalau boleh nak cepatkan. InsyaAllah kalau tak ada aral melintang, kami akan melangsungkan pernikahan pada September ini.

"Tapi saya pun sibuk dengan penggambaran, jadi kalau tak sempat kami akan teruskan dengan rancangan asal iaitu pada tahun depan.

"Dia sangat positif, seorang yang sangat penyayang, sangat mengambil berat. Yang paling penting dia adalah seorang yang sangat penyabar... sebab saya pun ada kepala angin juga. Tapi dia tahu cara nak bawa saya back on track.

"Cumanya sekarang bila dah bercinta saya lebih tahu dia punya isi hati dan dia juga seorang ayah yang penyayang dan ketika itu saya tahu, he's the one, " jelasnya.

Sebelum ini, Kak Girl pernah berkahwin dengan Mohd Hafizi Marzuki pada 20 Februari 2015 namun tidak dikurniakan cahaya mata.

Pasangan itu bercerai pada Oktober 2019 di Mahkamah Rendah Syariah Johor.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Kak Girl

Artikel Lain