suria

Kecoh! Kylie Jenner makan mi segera perisa ayam - “Dia pun rasa keperitan hujung bulan“

Bintang sensasi Kylie Jenner berkongsi foto mi segera di Instagram Story.

BINTANG sensasi Kylie Jenner mencuri perhatian netizen selepas berkongsi foto mi segera di Instagram Story pada Rabu.

Foto itu tular dalam kalangan netizen Malaysia selepas seorang pengguna Twitter, Azfar Heri berkongsi gambar tersebut dengan ayat yang mencuit hati.

ARTIKEL BERKAITAN: Kylie Jenner mahu empat orang anak sebelum usia 30 tahun

Gambar yang dikongsikan itu memperlihatkan semangkuk mi segera dimasak bersama telur yang kelihatan seperti makanan rutin rakyat Malaysia ketika akhir bulan.

"Kylie Jenner makan maggi ayam ke? Comel sangat," tulis Azfar.



Tweet yang dikongsikan Azfar tentang foto mi segera Kylie Jenner.

Ciapan (tweet) yang dikongsikan Azfar mendapat empat ribu ulang kicau (retweet) dan 15 ribu tanda suka (likes).

Rata-rata netizen yang membalas tweet tersebut memberi respons positif dan mengaitkan kehidupan Kylie dengan gaya hidup segelintir masyarakat Malaysia.

"Kylie pun merasa keperitan hujung bulan.

"Sedapnya demam-demam makan mi segera. Nak, please.

"Kylie pun makan mi segera dengan telur... yang makan mi dengan milo tu terencat akal.

"Aku makan mi juga tak ada pula kata comel, ceh," tulis beberapa pengguna Twitter.

Kylie Jenner, 22, merupakan adik kepada bintang rancangan realiti Kim, Khloe, Kourtney Kardahsian dan Kendall Jenner.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Kylie Jenner

Artikel Lain

Tragis! Ibu maut disengat tebuan