suria

Hasnol panik anak mengadu demam selepas balik sekolah - “Saya sokong kelas online, mereka lebih selamat di rumah”

Hasnol bimbang keselamatan dua anaknya yang perlu ke sekolah ketika negara masih berdepan penularan wabak Covid-19.

PENYANYI popular era 90-an, Hasnol menyuarakan kebimbangan mengenai tahap keselamatan dua anaknya yang baru sahaja memulakan sesi persekolahan ketika negara masih memerangi penularan wabak Covid-19.

Meskipun berat hati untuk melepaskan anak ke sekolah, Hasnol atau nama sebenarnya Hasnol Hassan Ariff berkata dia hanya mampu berserah dan bertawakal kerana enggan mereka ketinggalan dalam pelajaran.

"Kalau nak ikutkan memang terlalu risau. Berat rasanya nak membenarkan mereka ke sekolah namun apabila difikirkan balik, ibu bapa bukan boleh mengajar seperti cikgu di sekolah. Jadi terpaksalah saya benarkan mereka ke sekolah walaupun hati saya sangat berat.

ARTIKEL BERKAITAN: Kemelut Rumah Tangga Hasnol, Isteri Akhirnya Pulih

"Anak saya yang berada di tingkatan empat tidaklah merisaukan saya. Cuma, anak darjah tiga agak membimbangkan saya.

"Dia pernah cakap rasa nak demam apabila balik dari sekolah. Walaupun demam biasa, hati ayah mana tidak risau," katanya kepada mStar.

Hasnol dan isteri, Marina Mohin bimbang keselamatan anak di sekolah.

Hasnol ditemui pada majlis sidang media pelancaran agensi pencarian bakat ParisZki di Ampang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Penyanyi berusia 50 tahun itu bertindak sebagai jurulatih nyanyian untuk agensi berkenaan dan bakal memulakan tugasnya secara rasmi bermula Ogos depan.

Saya sokong 100 peratus jika buat kelas online sehingga kes benar-benar pulih. Sekarang ni pun tengok kes meningkat naik!

HASNOL

PENYANYI

Sementara itu, Hasnol yang popular menerusi lagu Sudi Katakan Sudi dan Laguku Untukmu ini berkata dia lebih selesa jika anaknya mengikuti pengajian secara atas talian seperti ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Di sekolah cikgu perlu menjaga ramai pelajar, takkan nak letak semua tanggungjawab itu atas bahu mereka.

Hasnol sedang menjalani penggambaran drama My Sweetheart Hannan.

"Sejujurnya bagi saya kekalkanlah cara belajar sebagaimana dalam tempoh PKP. Mereka lebih selamat di rumah, dalam masa yang sama tidak ketinggalan pelajaran kerana semuanya atas talian.

"Saya sokong 100 peratus jika buat kelas online sehingga kes benar-benar pulih. Sekarang ni pun tengok kes meningkat naik... hati memang risau cuma mampu berdoa semoga wabak ini dapat berakhir segera," ujar.

Pada 22 Julai lalu, sesi persekolahan dibuka sepenuhnya setelah hampir tiga bulan ditutup kerana penularan Covid-19.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Hasnol, penyanyi, anak artis

Artikel Lain