suria

Anak Jamal Abdillah, Zaki Yamani pengsan semasa buat IG live - “Tunggu keputusan ujian darah bimbang ada jangkitan”

Zaki Yamani diserang asma sebelum jatuh pengsan ketika Instagram Live.

ANAK kepada penyanyi Datuk Jamal Abdillah iaitu Zaki Yamani dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di Shah Alam selepas tiba-tiba jatuh pengsan ketika sedang membuat siaran langsung di Instagram (IG live) pada Isnin lalu.

Ibunya, Fatimatuzahra Samat, 39, berkata, penyanyi remaja berusia 14 tahun itu menghidap asma dan mengadu sesak nafas serta batuk sejak beberapa hari lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak Jamal Abdillah, Zaki Yamani enggan tumpang populariti bapa - “Jarang tengok baba nyanyi... dia pun baru tahu saya ada lagu”

"Masa tu dia memang sudah mengadu tak berapa sihat... dia batuk dan semput.

"Saya pun masa tu sedang bersiap untuk hantar dia ke klinik dan tak perasan yang dia buat IG live. Bila saya cari dia tengok-tengok dia dah jatuh dah.

Zaki mengadu sesak nafas dan batuk sejak beberapa hari lalu.

"Saya sempat save IG live tu untuk tengok balik apa yang terjadi," katanya kepada mStar.

Menurut Fatimatuzahra, Zaki atau nama sebenar Ahmad Zaki Yamani tidak melakukan sebarang aktiviti lasak sebelum kejadian berlaku.

Tambahnya, walaupun menghidap asma sejak berusia lapan bulan, ini merupakan kali pertama anaknya itu pengsan.

"Dia tak ada buat aktiviti lasak sangat pun sebelum itu, dia cuma buat content YouTube dan Instagram dia.

Doktor bimbang ada jangkitan kuman dalam darahnya.

FATIMATUZAHRA SAMAT

IBU ZAKI YAMANI

"Dia memang sejak kecil ada asma tapi tak pernah sampai pengsan macam ni. Ini kali pertama, mungkin dia terlalu penat.

"Terkejut juga saya bila dia pengsan sebab tak pernah terjadi macam ni," ujarnya.

Fatimatuzahra berkata, Zaki kini berada dalam keadaan stabil dan sudah mula bertenaga untuk bangun dan bercakap.

Dia masih menunggu keputusan ujian darah selepas dibimbangi terdapat jangkitan kuman dalam darah anaknya.

Zaki Yamani jatuh pengsan ketika IG live.

"Sekarang ni kami tengah tunggu keputusan ujian darah. Doktor bimbang ada jangkitan dalam darahnya.

"Doktor pun ada sebut semalam yang bacaan darah Zaki sedikit tinggi sebab tu dia terus dimasukkan ke wad.

"Tapi saya rasa dia okey tu, sebab dia dah ada tenaga untuk bangun dan bercakap," jelasnya.

Untuk rekod, Zaki merupakan anak Jamal menerusi perkahwinannya bersama Fatimatuzahra pada Disember 2005 dan bercerai pada 15 Mei 2007.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain