suria

Tegur isu nafkah anak, Dr Che Hafiz minta Rita Rudaini tak masuk campur - “Tolonglah... biar kami selesaikan sendiri urusan ini”

Dr Che Hafiz berkata teguran Rita berkaitan isu nafkah terhadap anaknya adalah kurang sesuai.

BENGANG dengan tuduhan tidak berasas, bekas suami kepada Lufya Omar iaitu Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum meminta pelakon Rita Rudaini supaya tidak mencampuri urusan peribadi mereka.

Dr Che Hafiz berkata, Rita bukan orang yang sesuai untuk memberi komen berhubung nafkah memandangkan aktres tersebut tidak mempunyai kaitan dalam rumah tangganya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kemelut berakhir... Lufya Omar, Dr Che Hafiz sah bercerai talak satu - “Harap tiada halangan jalan tanggungjawab sebagai bapa”

Tambah Dr Che Hafiz, dia sedar tanggungjawab sebagai seorang bapa dan hanya Allah sahaja yang mengetahui apa yang berlaku dalam hubungan itu.



Dr Che Hafiz dan Lufya dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.

"Bagi saya, pihak luar tidak perlu la nak masuk campur dalam urusan peribadi saya dan bekas isteri. Dia pun tidak tahu keseluruhan kisah, jadi tidak perlu la nak komen berhubung perkara itu.

"Apa yang dia komen itu merupakan urusan peribadi saya dengan bekas isteri. Sepatutnya dia tidak perlu ambil tahu pun apa-apa sebab tiada kaitan dengan dia.

"Apa yang terjadi, hanya Allah saja mengetahui. Saya berserah dan sentiasa berdoa kepada Allah," kata Dr Che Hafiz kepada mStar.

Pihak luar tak perlu masuk campur urusan peribadi saya dan bekas isteri.

DR CHE HAFIZ

BEKAS SUAMI LUFYA

Sebelum ini menerusi sebuah laporan, Rita Rudaini menegur bekas suami Lufya Omar, Dr Che Hafiz supaya menjalankan tanggungjawab dalam memberi nafkah kepada anak perempuannya, Laana Haura.

Menurut pelakon yang juga ibu kepada dua orang anak itu, dengan kecanggihan teknologi juga memudahkan urusan pemberian nafkah.

Dalam pada itu, Dr Che Hafiz menegaskan, Rita tidak perlu memberi pengingatan kepadanya kerana dia telah menunaikan tanggungjawab sebagai seorang bapa.



Dr Che Hafiz tahu tanggungjawbnya sebagai seorang bapa.

"Tolonglah... dia pun ada urusan peribadi yang saya tak masuk campur. Lagipun, saya sendiri pun tak kenal dia secara peribadi.

"Jangan risau tentang saya kerana saya tahu tanggungjawab saya sebagai seorang bapa. Biarlah urusan peribadi saya dengan Lufya ini, kami selesaikan sendiri tanpa perlu melibatkan pihak luar," ujarnya.

Menerusi laporan mStar pada 14 Julai lalu, Dr Che Hafiz mengesahkan sudah bercerai dengan Lufya dengan talak satu pada 17 Jun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Shah Alam.

Dr Che Hafiz dan Lufya mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya perempuan, Laana Haura yang kini berusia tiga tahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain