suria

Ingatkan aniaya haiwan, rupa-rupanya hanya bergurau! Dafi mohon maaf salah sangka - “Dia main dengan anjing tu guna kaki seolah-olah kena pijak”

Dafi memohon maaf atas salah faham yang berlaku.

PENYANYI Dafi memohon maaf kepada seorang pemilik akaun laman sosial Facebook selepas meminta peminatnya membuat laporan terhadap sebuah video yang memperlihatkan penderaan terhadap haiwan.

Dafi atau nama sebenarnya Gadaffi Ismail Sabri, 32, berkata, video yang dirakam sekadar gurauan dan suka-suka itu telah menimbulkan salah faham dalam kalangan netizen terutamanya pencinta haiwan seperti dirinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tujuh Tahun Dafi Jadi Hamba Ubat Kurus

"Saya ni sejenis aktivis haiwan dalam diam. Ada satu video tu saya tengok di salah satu page tentang animal rights. Selalunya video-video yang dikongsikan di page seperti ini mesti berkaitan penganiayaan terhadap haiwan dan sebagainya.

"Jadi, saya sakit hati la dan tak suka. Saya pun tak sanggup nak tengok, cuma tengok sipi-sipi saja. Saya tengok dia main dengan anjing tu guna kaki. Nampak seolah-olah anjing tu kena pijak. " katanya kepada mStar.



Dafi memohon maaf terhadap seorang pengguna laman sosial.

Kata Dafi, perkara itu membuatkan dia marah dan tidak berfikir panjang untuk berkongsi di media sosial tanpa melihat video penuh terlebih dahulu.

Bagaimanapun, selepas beberapa jam perkongsian tersebut dibuat, dia menerima banyak komen netizen yang menjelaskan hal sebenar bahawa pemilik anjing itu sering bergurau kasar dengan haiwan peliharaannya.

"Rupa-rupanya benda tu tak betul. Bukan penganiayaan pun, tuan punya anjing tu memang bergurau begitu dengan anjing dia.

"Katanya, pengguna yang muat naik video tu memang suka troll orang. Bila berdepan dengan pengguna media sosial yang suka troll ni, kapsyen mereka biasanya memang akan trigger pembaca," ujarnya.

Bagaimanapun, video tersebut sudah dipadam daripada halaman itu setelah dilapor oleh pengguna-pengguna Facebook

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Dafi, artis sensasi

Artikel Lain