suria

“Jangan sebar berita tak betul!” - Anak Abu Bakar Juah kesal berita palsu tentang kematian bapa, akui kini tenat akibat kanser hati

Pengacara Didie Alias mencium dahi Abu Bakar Juah ketika menziarahi pelakon itu.

ANAK ketiga kepada pelakon veteran Abu Bakar Juah iaitu Safinas Abu Bakar terkejut dan marah apabila menerima berita palsu mengatakan bapanya sudah meninggal dunia, pada Rabu.

Safinas berkata, bapanya kini dalam keadaan tenat namun dia berharap tiada pihak menyebarkan berita tidak benar terutamanya berkaitan kematian.

"Saya dan ahli keluarga lain terkejut apabila ada orang hantar paparan skrin artikel yang mengatakan bapa saya sudah meninggal dunia.

"Dalam artikel itu siap ada tulis waktu dan tempat meninggal lagi. Artikel itu memang tidak benar sekali! Janganlah sebarkan berita tidak betul!



Pelakon Den Wahab (empat dari kiri) turut menziarahi Abu Bakar.

"Keadaan bapa memang sudah tenat sekarang ini tapi tolonglah jangan doakan benda tidak baik," kata Safinas ketika dihubungi mStar.

Abu Bakar kini berada dalam keadaan tenat akibat kanser hati dan keluarganya sudah bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan yang berlaku.

Safinas memberitahu bapanya hanya terbaring dan lebih banyak tidur selepas dibenarkan keluar dari Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), dua minggu lalu.

Dia dimasukkan ke hospital pada 28 Julai lalu dan dia dibenarkan pulang dua minggu lalu.

SAFINAS

ANAK ABU BAKAR JUAH

Sebelum ini, Abu Bakar disahkan menghidap kanser usus pada 2016 dan selepas menjalani 12 pusingan kimoterapi, doktor mengesahkan pelakon veteran itu bebas daripada cengkaman kanser.

Bagaimanapun pada awal tahun 2020, doktor mengesahkan penyakit yang dihadapi kembali menyerang, malah lebih agresif hingga sudah merebak ke hati.

Dalam pada itu, Safinas berkata dia dan ibu serta tiga orang lagi adik beradik menjaga bapa mereka di kediaman yang terletak di Shah Alam.

"Bapa saya pernah mengidap kanser usus pada 2016 dan menjalani rawatan kimoterapi sebanyak 12 pusingan.



Isteri dan anak-anak kini menjaga Abu Bakar di rumah.

"Selepas tamat rawatan itu, doktor sahkan dia sudah bebas daripada kanser itu. Tapi awal tahun ini, kanser itu kembali dan semakin agresif sehingga merebak ke hati.

"Dia dimasukkan ke hospital pada 28 Julai lalu dan dia dibenarkan pulang dua minggu lalu. Sekarang ini, saya, ibu dan adik-beradik lain menjaganya di rumah," ujarnya.

Abu Bakar yang juga bekas Pengarah Kanan Penjara Taiping itu berkahwin dengan Rusidah Mohd Yassin sejak 1980 dan dikurniakan empat cahaya mata.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain