suria

Tak kongsi foto dengan kekasih di IG bukan sebab putus cinta - Riena Diana

Riena dan teman lelaki yang dikenali sebagai Nik Afiq menjalinkan hubungan cinta jarak jauh.

KESIBUKAN jadual dan kekangan masa, pelakon Riena Diana mengakui sudah lama tidak bertemu dengan kekasihnya, Nik Afiq yang kini menetap di Pahang.

Biarpun begitu, Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zulreal, 23, menafikan hubungan itu berdepan masalah atau sudah berakhir seperti diperkatakan netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: “Ikutkan memang tak sabar nak beli...” - Riena Diana tangguh hasrat beli kereta pertama kerana PKP

"Sebenarnya saya dah lama tak jumpa dia memandangkan dia pun duduk dekat Pahang. Jadi, agak sukar kami nak jumpa. Sebab itu juga lama tak kongsi gambar dengan dia.

Walaupun dah tak kongsi foto dia tapi hubungan kami baik sahaja.

RIENA DIANA

PELAKON

"Walaupun dah tak kongsi foto dia tapi hubungan kami baik sahaja. Lagipun, buat masa sekarang ini saya lebih selesa bersendirian dan nak fokus pada karier lakonan saja. Dengan kawan-kawan pun saya jarang jumpa.

"Saya pun dah dua bulan juga duduk dekat homestay yang disediakan pihak produksi di Klang untuk jalani penggambaran drama Kampung People 2," kata Riena kepada mStar.

Sebelum ini, Riena terbuka untuk berkongsi foto bersama teman lelakinya yang juga seorang usahawan namun tiada lagi gambar mereka sejak kebelakangan ini telah mencetuskan spekulasi hubungan itu sudah berakhir.

Riena ambil langkah lebih berjaga-jaga ketika berada di kawasan ramai orang.

Dalam pada itu, pelakon drama bersiri Nur ini mengakui kini mengambil langkah lebih berhati-hati apabila berada di luar dan dalam kawasan yang ramai orang disebabkan wabak Covid-19 masih ada.

"Sekarang ini memang setiap kali datang set penggambaran akan pakai face mask. Pihak produksi pun akan memastikan lokasi penggambaran dalam keadaan bersih.

"Sebelum ini saya ada juga terleka sekejap sebab lihat kes Covid-19 makin menurun tapi sekarang ini memang saya cepat paranoid. Orang bersin pun, saya dah jadi takut.

"Nak keluar pergi tempat ramai orang pun saya tak berani. Tapi disebabkan dah ada komitmen kerja, terpaksa saya keluar juga. Apa-apa pun, saya memang akan ambil langkah lebih berjaga-jaga," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain