suria

Rancang tunang sebelum PKP, Ernie dan Syamel dah ada 'wedding song'

Ernie dan Syamel bakal melangsungkan pernikahan pada awal tahun hadapan.

PENYANYI Ernie Zakri mendedahkan dia dan tunangnya penyanyi Syamel sudah mempunyai rancangan untuk melangsungkan pertunangan sejak sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula.

Menurut Ernie atau nama sebenar Nur Ernie Shahirah Zakri, 28, dia dan Syamel terpaksa merahsiakan status hubungan mereka setiap kali ditanya media berikutan belum ada tarikh yang ditetapkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tahniah! Ernie Zakri kini tunang Syamel, rancang nikah tahun depan - “Doa yang baik-baik untuk kami”

"Sebenarnya sebelum PKP lagi dah ada plan nak bertunang, tapi bila PKP dah mula kami terpaksa beri jawapan berdalih apabila wartawan bertanya kerana tiada tarikh lagi.

“Bila kena ikut prosedur operasi standard (SOP) ni, kami terpaksa lewatkan sikit la,”katanya kepada mStar.



Ernie ketika ditemui di sidang media Immortal Songs pada Selasa.

Penyanyi lagu Boneka ini ditemui pada sidang media Immortal Songs yang diadakan di Farm Fresh Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang pada Selasa.

Sementara itu, Ernie berkata, dia dan Syamel mula rapat sejak beberapa tahun lalu ketika kedua-duanya menyertai program realiti Duo Star.

"Saya dah berkawan dengan Syamel dah beberapa tahun... sejak pertandingan Duo Star. Tapi masa tu kami tidak ada apa-apa.

"Kami rapat dalam setahun dua macam tu. Bila dah beberapa tahun mengenali barulah kami bawa ke arah yang lebih serius," ujarnya.

Bila dah ada tarikh yang pasti, InsyaAllah kami akan kongsikan pada semua.

ERNIE ZAKRI

PENYANYI

Bercerita tentang majlis pernikahan, Ernie berkata dia dan Syamel merancang untuk berkahwin pada awal tahun hadapan namun tarikh dan tempat masih belum ditetapkan oleh kerana SOP yang perlu dipatuhi.

Tambah Ernie, mereka akan berkongsi tarikh pernikahan tersebut apabila semua urusan dan perbincangan sudah mencapai kata putus.

"InsyaAllah awal tahun depan kami akan langsungkan pernikahan. Sekarang ni masih lagi dalam proses perbincangan nak cari tempat, tarikh... sebab dengan keadaan sekarang kami perlu lebih selektif dalam memilih tetamu dan sebagainya sebab kami tak dapat jemput ramai orang dan perlu ikut SOP.

"Jadi, semuanya kena plan dengan baik. Apa yang saya boleh katakan, bila dah ada tarikh yang pasti, InsyaAllah kami akan kongsikan pada semua," katanya.



Foto pertunangan Ernie bersama keluarga Syamel.

Dalam pada itu, Ernie turut mendedahkan dia dan Syamel sudah mempunyai single duet yang dicipta berdasarkan kisah cinta mereka.

Katanya, pelancaran lagu tersebut masih dalam perbincangan namun ada kemungkinan ia bakal dilancarkan dan dijadikan sebagai lagu perkahwinan mereka.

"Kami beritahu di Instagram khas untuk semua yang tertanya-tanya selama ini dan mengharapkan lebih banyak doa dari semua orang.



Ernie bergambar bersama keluarga.

"Sejak sebelum bertunang lagi kami ada plan untuk keluarkan single yang rancak.

"Keluarga belah Syamel juga ada bercadang untuk lancarkan single duet kami pada hari perkahwinan. Kalau sempat InsyaAllah kami akan lancarkan pada tarikh itu. Lagunya dah ada tapi masih belum ada kata putus lagi.

"Lagu itu saya tulis bersama Syamel, boleh dikatakan ditulis berdasarkan kisah cinta kami. Tapi kami mahu melodi itu lebih sweet sebab sebelum ini kami banyak lagu sedih saja," jelasnya.

Ernie dan Syamel mengikat tali pertunangan pada Sabtu lalu di kediaman Ernie.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain