suria

Pelbagai drama dan program menarik menanti anda di Astro sepanjang bulan ini... rugi kalau terlepas!

Aku, Bunga filem eksklusif Astro First yang sesuai untuk golongan remaja.

TIGA bulan mengalami kekangan produksi akibat pandemik Covid-19, stesen televisyen berbayar, Astro kini kembali aktif menerbitkan program-program baharu yang pastinya untuk memenuhi selera pelanggan setianya.

Ramai yang rindu melihat aksi pelakon-pelakon kesayangan masing-masing di layar TV dengan cerita-cerita menarik.

Bermula September ini, empat drama, sebuah filem dan tiga program realiti bakal menghiasi hari-hari anda di saluran Astro.



Drama lakonan dua pelakon heta iaitu Mira Filzah dan Zul Ariffin antara yang ditunggu.

1. Bidadari Kiriman Tuhan

Pelakon kesayangan ramai Mira Filzah digandingkan dengan pelakon kacak Zul Ariffin menerusi drama berjudul Bidadari Kiriman Tuhan.

Kali ini, watak Mira turut berganda dengan memainkan dua peranan berbeza, kembar seiras.

Mampukah Mira memikul tanggungjawab membawakan dua watak yang berbeza, seorang watak wanita istimewa sebagai Manja dan seorang lagi wanita yang mencari erti cinta sejati iaitu Manis?

Adakah kerana cintanya kepada Cikgu Yusof (Zul Ariffin) akan membuatkan hubungan adik beradik itu akan tergugat?

Drama Bidadari Kiriman Tuhan arahan dari pengarah hebat Rashid Sibir ini sudah mula ditayangkan pada 25 Ogos 2020 di Astro Ria, On Demand dan Astro GO.

2. Perempuan Tanpa Dosa

Pastikan anda tidak terlepas gandingan mantap pasangan serasi Kamal Adli dan Uqasha Senrose menerusi kisah seterusnya Perempuan Tanpa Dosa di saluran Astro Ria tidak lama lagi.

Keserasian pasangan ini bakal memberikan penonton adegan-adegan yang tidak dapat dilupakan menerusi lakonan mereka.

Gandingan yang unik dan natural ini pasti akan mengubat rindu mereka yang meminati drama sebelum ini iaitu Setelah Terlafaznya Akad yang mana anda boleh tonton di On Demand dan Astro GO.

Strim jer kesemua episod sambil menunggu drama baharu mereka! Perempuan Tanpa Dosa Oktober ini hanya dia Astro Ria, On Demand & Astro GO.



Jalan "Sesat" Ke Syurga sarat mesej dan pengajaran.

3. Jalan “Sesat” Ke Syurga

Tidak kurang hebatnya... Astro Prima tampil dengan kisah drama sarat pengajaran Jalan “Sesat” Ke Syurga yang sudah memulakan tayangannya pada 3 Ogos lalu.

Drama arahan Suhaimi Zulkefli dan turut diberi sentuhan kreatif dari pengarah filem pecah panggung Osman Ali yang dibintangi Aaron Aziz dan Elizad Sharifuddin ini membawa pelbagai percanggahan emosi dan prinsip keagamaan.

Setiap watak yang ada pasti ada pergelutan masing-masing. Titipan pengajaran daripada drama ini akan memberi impak mendalam terhadap penonton-penonton Astro kelak.

Jadi, tunggu apa lagi? Saksikan Jalan “Sesat” Ke Syurga setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 6 petang di Astro Prima, On Demand & Astro GO.

4. Aku, Bunga

Bagi golongan yang berjiwa muda, Astro First Eksklusif mempersembahkan Aku Bunga yang menampilkan rapper berhijab, Noor Ayu Fatini sebagai watak utama Bunga.

Penampilan dan pesona Noor Ayu lain daripada imej heroin yang biasa dipaparkan menerusi kaca televisyen.

Saksikan muka baharu ini menggabungkan kebolehan rapnya serta lakonan dramatis bersama pelakon kacak Ben Amir dan Naim Daniel.

Langgani Aku Bunga, di Astro First, saluran 480 dan On Demand!



Program yang memeriahkan hujung minggu anda.

5. Big Stage 2020 Dominasi BBNU Norma Baharu

Selepas Sarah Suhairi dan Hyan Byul, siapakah yang bakal merebut takhta juara Big Stage 2020?

Rancangan realiti popular ini kembali lagi dengan menampilkan barisan penyanyi baharu tanah air dalam keadaan Norma Baharu.

Program menampilkan penyanyi bergelar Budak Budak Baru Nak Up (BBNU) yang bakal memeriahkan setiap hujung minggu anda dengan persembahan hebat mereka.



Siapakah dalang di sebalik topeng? Nantikan...

6. The Masked Singer Malaysia

Tidak cukup dengan drama-drama menarik yang disediakan, Astro turut menghidangkan pelbagai rancangan komedi, variasi dan pertandingan realiti.

Bermula 18 September ini program The Masked Singer Malaysia bakal menjadi rancangan kegemaran ramai.

Program yang disiarkan menerusi Astro Warna ini sudah menjadi kegilaan di Korea Selatan dan Amerika Syarikat.

Siapakah dalang di sebalik topeng yang bakal mencetus pelbagai kontroversi?

Saksikan antara nama-nama tersohor negara mempertaruhkan suara mereka sambil mencetus kekeliruan di kalangan panel hakim selebriti.

Sudah pastinya kita semua tidak sabar untuk meneka siapakah The Masked Singer pertama Malaysia!



Program Mikrofon Impian 2 bantu masyarakat hilang pekerjaan.

7. Mikrofon Impian 2

Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Malaysia (PKP) menjadi masa sukar bagi segelintir masyarakat yang hilang pekerjaan.

Program realiti Mikrofon Impian 2 yang bakal bersiaran pada Oktober ini akan mengurangkan bebanan mereka yang memerlukan bantuan kewangan.

Selami emosi peserta-peserta menerusi lagu dan suara yang terkesan dengan cabaran-cabaran yang mendugakan.

Pastinya impian mereka untuk membantu yang tersayang tercapai tidak kiralah kalah ataupun menang.

Laman program menarik sepanjang September hingga Oktober pastinya membuat penonton tidak sabar dan teruja. Seisi keluarga boleh berhibur walaupun menonton siri atau program berbeza.

Yelah, Astro GO kan percuma untuk semua pelanggan Astro! Satu keluarga boleh strim pelbagai rancangan tanpa henti pada empat peranti secara serentak.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain