suria

“Saya nampak Wan Emir genggam tangan Mira Filzah kuat-kuat” - Naim Daniel rasa sebak ternampak momen ‘sweet’ di majlis resepsi

Naim Daniel mendoakan yang terbaik untuk pasangan raja sehari Mira Filzah dan Wan Emir Astar.

PENYANYI Naim Daniel meluahkan rasa sebak ketika membawakan lagu Seribu Tahun nyanyian asal Imran Ajmain pada majlis resepsi kedua pasangan mempelai aktres Mira Filzah dan Wan Emir Astar yang berlangsung pada Ahad.

Ujar Naim, 23, perasaan itu semakin ketara ketika melihat tindakan Emir menggenggam erat tangan Mira pada majlis yang diadakan di A Park, Puchong, Selangor.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Wedding of the year! Mira Filzah selamat bergelar isteri Wan Emir Astar

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Siapa bakal suami Mira Filzah? Kenali Wan Emir Astar, jejaka hitam manis berkumis nipis

"Tiba-tiba teremosi pula perform Seribu Tahun hari ini, tambahan pula masa lirik jangan putus harapan sedia setia.

"Masa tu saya nampak Wan Emir genggam tangan Mira Filzah kuat-kuat," tulisnya di Instagram.

Naim berkongsi perasaannya di Instagram pada Ahad.

Selain itu penyanyi lagu Sembah ini turut mendoakan yang terbaik untuk pasangan berkenaan dan berharap jodoh yang berkekalan untuk mereka.

Naim turut mengucapkan penghargaannya kepada Mira dan Emir yang sudi menjemputnya untuk membuat persembahan di hari bahagia mereka.

"Hari yang sangat indah untuk mereka berdua dan saya doakan yang terbaik dan hanya yang terbaik untuk pasangan ini.

"Terima kasih kerana meletakkan kepercayaan kepada saya untuk membuat persembahan di hari bahagia awak berdua," ujarnya.

Foto Mira Filzah dan Wan Emir Astar di majlis resepsi kedua mereka yang diadakan di Puchong, Selangor.

Mira Filzah dan suaminya Wan Emir Astar mendirikan rumah tangga pada 3 September lalu di Pusat Konvensyen Sime Darby, Kuala Lumpur.

Pengantin perempuan menerima seutas gelang emas sebagai mas kahwin berserta sembilan dulang hantaran berbalas 11 dulang, manakala wang hantaran dirahsiakan.

Majlis resepsi pertama di pihak perempuan berlangsung pada Jumaat malam di Hotel Le Meridien, Putrajaya

Emir merupakan anak kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Mastura Mohd Yazid yang juga Ahli Parlimen Kuala Kangsar.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain