suria

Kongsi foto berhijab dengan kapsyen 'Bismillah', peminat doakan Hannah Delisha istiqamah

Hannah Delisha memberi bayangan dirinya sudah berhijab sepenuhnya.

PELAKON Hannah Delisha mencetuskan teka-teki dalam kalangan pengikut Instagramnya apabila berkongsi fotonya mengenakan hijab pada Isnin.

Hannah atau nama sebenar Hannah Adlina Blackburne Birch, 23, memuat naik gambar tersebut dengan kapsyen 'Bismillah' seperti memberi bayangan memulakan fasa baharu dalam hidupnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Jatuh sakit pada malam penerbangan, impian Hannah Delisha berjalan di karpet merah di New York tak kesampaian

"Bismillah," tulisnya ringkas.

Perkongsian itu mendapat kira-kira 195,000 tanda suka (likes) dan 2,600 komen.

Alhamdulillah, amin dan terima kasih.

HANNAH DELISHA

PELAKON

Rata-rata netizen serta rakan artis meluahkan rasa teruja dan mendoakan semoga Hannah terbuka hati dan sentiasa istiqomah mengenakan hijab.

"Bismillah! Moga dipermudahkan dan istiqamah! Aamiin.

"Semoga dipermudahkan segala urusanmu.

"Sejuk mata memandang tengok bidadari syurga ni bertudung. Saya doakan semoga Hannah terbuka pintu hati untuk kekal bertudung," komen beberapa netizen.



Hannah popular dengan drama Mencintaimu Mr. Photographer gandingan bersama Syafiq Kyle.

Pelakon drama Bukan Kahwin Paksa ini bagaimanapun tidak memberikan jawapan jelas dan hanya meminta peminat mendoakan yang terbaik untuk dirinya.

"Alhamdulillah, Amin dan terima kasih," balas Hannah.

Sementara itu, usaha mStar untuk menghubungi Hannah dan pihak pengurusannya masih gagal apabila mereka tidak menjawab panggilan telefon.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain