suria

Penyanyi lagu 'Poco-Poco' Yopie Latul meninggal dunia akibat Covid-19

Penyanyi lagu Poco-Poco meninggal dunia.

PENYANYI Indonesia yang terkenal dengan lagu Poco-Poco, Yopie Latul meninggal dunia di Rumah Sakit Medika Cibinong, Jawa Barat, petang Rabu.

Yopie Latul menghembuskan nafas terakhir pada usia 65 tahun selepas disahkan positif Covid-19.

Seperti dipetik Kompas.com, Yopie Latul dimasukkan ke hospital pada dua hari lalu.

Bagaimanapun, menurut rakannya Andrea Hehanussa, mendiang tidak mengalami sebarang gejala Covid-19.

Yopie yang beragama Kristian akan dikebumikan di Tempat Pemakaman Umum Pondok Ranggon, Jakarta Timur pada Khamis.

Penyanyi itu memulakan kerjaya pada tahun 1982 dan namanya mula dikenali selepas melancarkan single bertajuk Ayun Langkahmu.

Kemudian pada tahun 1990-an, dia mula meraih populariti luar biasa menerusi lagu Poco-Poco pada tahun 1995.

Lagu tersebut sering digunakan sebagai lagu senaman oleh masyarakat dunia.

Menerusi lagu itu, Yopie berjaya menerima piala Anugerah Muzik Indonesia 2001 dalam kategori Disco/House Music/Rap/Dance Muzik terbaik.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain