suria

Pelik tapi benar! Remy Ishak dedah rahsia sampai sekarang masih malu - “Benda pelik yang aku sendiri pun tak faham”

Remy akui dia tidak suka bergambar.

PELAKON Remy Ishak berkongsi rahsia mengenai dirinya yang sebenarnya tidak gemar bergambar dan posing di hadapan lensa kamera.

Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, 38, berkata, biarpun kehidupannya sudah biasa dengan kamera namun sehingga kini dia masih ada perasaan malu.

ARTIKEL BERKAITAN: Menjerit di gim, lampu sauna berkelip-kelip ketika berzikir dan badan sakit - Remy dedah perit terkena sihir

"Meh sini aku beritahu korang satu rahsia. Benda pelik yang aku sendiri pun tak faham fasal diri aku. Aku sebenarnya tak suka bergambar. Tak suka duduk depan lensa kamera.

Aku sebenarnya tak suka bergambar. Tak suka duduk depan lensa kamera.

REMY ISHAK

PELAKON

"Ada rasa segan, malu. Sampai sekarang aku masih malu berdepan dengan kamera. Pelik bukan? Pelik tapi benar. Sumpah," kata Remy.

Pelakon drama bersiri popular Pujaan Hati Kanda itu mendedahkan perangai peliknya itu menerusi laman Instagram miliknya.

Rata-rata netizen terkejut dengan pendedahan tersebut namun mereka tetap memberi kata-kata semangat kepada aktor itu.

"Pelik sangat tu tapi saya pun rasa macam tu juga kurang percaya diri kalau bergambar seorang sebab tak reti nak bergaya.



Remy mendedahkan perkara itu menerusi Instagram miliknya.

"Salam. Bro sampai bila tak yakin depan kamera. Allah dah bagi kelebihan yang ada gunakan sebaiknya. Keep going ya.

"Oh sebenarnya pemalu... baru tahu. Anggap saja bila ambik gambar tu lakanon... berlakon saja," komen beberapa pengikutnya di laman sosial.

Pada Oktober tahun lalu, Remy pernah membuat pendedahan mengenai dirinya mempunyai masalah depresi dan mengalami gangguan sihir.

Bagaimanapun, selepas dia dinasihatkan oleh kenalan dan keluarganya, Remy akhirnya bersetuju untuk melakukan rawatan daripada kaedah perubatan Islam.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Remy Ishak, kamera, pelakon, hiburan, pelik,

Artikel Lain