suria

Jarak umur 5 tahun bukan penghalang kebahagiaan Raja Afiq dan Soffwany - “Sejarah saya sebelum ini memang dengan wanita lebih berusia”

Perkenalan singkat Raja Afiq dan Soffwany akhirnya membawa ke jenjang pelamin.

MESKIPUN isteri lima tahun lebih tua, pelakon Raja Afiq tidak melihat jarak umur itu sebagai penghalang untuk dia dan Soffwany Yusoff mengecapi kebahagiaan dalam rumah tangga yang dibina.

Menurut Afiq, 26, umur hanyalah angka dan dia tidak malu mengakui pernah berkawan dengan ramai wanita yang lebih berusia sebelum ini.

"Berbeza hanya lima tahun... tiada masalah usia kerana saya rasa pengalaman dan sejarah saya sebelum ini memang dengan wanita lebih berusia.

ARTIKEL BERKAITAN: Raja Afiq sah jadi suami polis viral Soffwany Yusoff

"Tentang Soffwany... saya jarang jumpa perempuan lembut, bila tengok dia terus tertarik dan rasa menyenangkan hati. Dia pun faham dengan kerja kita dalam industri ini, jadi banyak keserasian kami.

"Tengok Soffwany terus rasa nak kahwin. Saya mula serius kenal dia pada awal tahun ini, walaupun perkenalan singkat bermula awal tahun tapi rasa macam dah lama kenal!," katanya kepada mStar.



Raja Afiq dan Soffwany miliki banyak keserasian.

Raja Afiq dan Soffwany, 31, bernikah secara tertutup di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam, Selangor pada Sabtu.

Pada majlis itu, Raja Afiq menyerahkan wang hantaran berjumlah RM15,000, mas kahwin sebanyak RM1101 beserta lima dulang dan dibalas dengan tujuh dulang pihak perempuan.

Walaupun perkenalan singkat bermula awal tahun tapi rasa macam dah lama kenal!

RAJA AFIQ

PELAKON

Pasangan ini kemudiannya diraikan dalam satu majlis sederhana untuk kenalan dan media di Bukit Jelutong, Shah Alam.

Sementara itu, Soffwany yang bertugas sebagai Pasukan Gerakan Udara Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkata dia akan meneruskan kerjaya sebagai anggota badan beruniform itu.



Soffwany akan teruskan kerjaya sebagai anggota PDRM.

"Selepas kahwin saya akan teruskan tugas sebagai anggota PDRM... tapi dalam masa sama saya masih aktif dalam bidang nyanyian dan tiada masalah untuk saya penuhi undangan nyanyian jika jadual itu bersesuaian.

"Suami juga tidak melarang saya untuk teruskan kerjaya sampingan sebagai penyanyi kerana dia pun orang industri dan memahami kerjaya ini," ujarnya.

Raja Afiq dan Soffwany mula serius menjalinkan hubungan pada awal tahun ini dan mengikat tali pertunangan pada Mac lalu.

Pasangan ini sepatutnya mendirikan rumah tangga pada Ogos lalu namun terpaksa menangguhkan majlis tersebut kerana penularan wabak Covid-19.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Raja Afiq, Soffwany Yusoff, kahwin, artis

Artikel Lain