KISAH rumah tangga pasangan pelakon Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana yang didakwa sedang bergolak terus mendapat perhatian netizen. Menerusi Instagram, Puteri Sarah berkongsi mesej peribadi daripada seorang peminat yang berharap pasangan selebriti itu mempertahankan perkahwinan yang dibina demi anak-anak mereka. "Sarah... saya suka tengok Sarah dan Syamsul dengan anak-anak. Saya harap Sarah dapat pertahankan rumah tangga, dapatkan nasihat dari orang-orang yang positif. ARTIKEL BERKAITAN: “Dah 2 tahun mereka tak tinggal bersama kami” - Yusof Haslam dan isteri doakan Syamsul, Puteri Sarah selesaikan isu rumah tangga dengan baik "Ujian rumah tangga memang besar sebab syaitan pun tak suka bila tengok manusia berkasih sayang dan halal kerana Allah. "Maaf saya tak tahu apa berlaku tapi saya yakin Sarah dan Syamsul dapat hadapi segalanya dengan sabar. Stay strong okay!," tulis seorang pengikut. Puteri Sarah berterima kasih kepada peminat atas sokongan. Membalas mesej tersebut, Puteri Sarah berterima kasih kepada peminat yang mengambil berat mengenai rumah tangganya yang kini berdepan ujian. "Memang banyak syaitan... tapi terima kasih banyak atas keprihatinan anda. Sarah hargai sangat!," jawabnya. Pada Jumaat lalu, Puteri Sarah dilihat mengenakan jubah dan bertudung hitam memasuki bahagian undang-undang keluarga ditemani seorang wanita yang dipercayai ibu mentuanya, Datin Fatimah Ismail. Yusof dan isteri enggan masuk campur urusan anak. Bagaimanapun, ditanya mengenai tujuan mereka mengunjungi pejabat agama tersebut, Puteri Sarah hanya memilih untuk tidak mengulas mengenainya. Menerusi laporan mStar pada Isnin lalu, bapa kepada Syamsul Yusof iaitu Datuk Yusof Haslam berkata dia enggan mencampuri urusan anak dan menantunya itu. Yusof memberitahu dia tidak berhak memberi sebarang komen memandangkan pasangan itu tidak lagi tinggal bersamanya sejak dua tahun lalu. Puteri Sarah mendirikan rumah tangga dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 3, serta Summayah yang kini berusia setahun. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!