suria

Aksi Aafiyah cium perut ketika 'live IG' cetus spekulasi Siti Nurhaliza hamil anak kedua

Aksi Aafiyah menumbulkan spekulasi Siti kini hamil anak kedua.

AKSI Siti Aafiyah mencium perut ibunya iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza ketika sedang bersiaran langsung di Instagram malam Khamis mencetuskan spekulasi penyanyi nombor satu negara itu sedang hamil anak kedua.

Menerusi video berkenaan juga menunjukkan Aafiyah beberapa kali mencium perut ibunya dalam keadaan gembira dan teruja.

ARTIKEL BERKAITAN: “Jika mulakan prosedur IVF saya kena rehat panjang” - Siti Nurhaliza rancang anak kedua

Perkara itu menguatkan spekulasi isteri kepada ahli perniagaan Datuk Sri Khalid Mohamad Jiwa, 61, itu kini berbadan dua selepas mengumumkan berehat daripada industri hiburan buat sementara waktu.

Malah, peminat-peminat meluahkan rasa teruja dan menganggap kanak-kanak yang kini berusia dua tahun itu memberi 'hint' bakal mendapat adik.

Netizen turut mengucapkan tahniah kepada penyanyi lagu Aku Bidadari Syurga itu dan mendoakan semuanya berjalan lancar.



Antara komen netizen di laman sosial Siti pada Jumaat.

Sementara itu, menerusi laporan mStar pada Januari lalu, Siti, 42, mengakui sedang merancang untuk memiliki cahaya mata kedua tahun ini.

Katanya, dia sudah beberapa kali mendapatkan nasihat doktor bagi proses rawatan kesuburan, In Vitro Fertilisation (IVF) seperti yang pernah dilakukan sebelum ini.

"Saya bukan semakin muda... makin meningkat usia dan sekarang sudah 41 tahun, saya target untuk dapatkan seorang lagi anak sebelum usia 43 tahun.

"Saya akan mengikut prosedur yang sama seperti sebelum ini kerana masih ada embryo yang masih disimpan.

"Kalau boleh nak sepasanglah... sekarang dah ada perempuan, lepas ni nak lelaki pula. Apa pun saya serahkan pada Allah. Sekiranya diizinkan, saya terima sahaja," ujarnya.



Siti kini berehat daripada industri seni buat sementara.

Siti sebelum ini pernah mengalami keguguran pada November 2015.

Dia kemudiannya berkongsi berita kehamilan pada tahun 2017 iaitu selepas 11 tahun berkahwin dengan Datuk K.

Hasil perkongsian hidup pasangan ini dikurniakan anak perempuan bernama Siti Aafiyah yang kini berusia dua tahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain