KISAH hubungan cinta Intan Ladyana dengan pelakon muda Harris Alif menerima pelbagai reaksi, namun aktres itu tetap positif dengan pilihan hatinya. Bagaimanapun menurut Intan, 38, buat masa ini dia tidak selesa untuk berkongsi secara terperinci mengenai hubungan mereka secara terbuka. ARTIKEL BERKAITAN: Beza usia 17 tahun... Harris Alif mabuk bercinta dengan Intan Ladyana - “Dah kenal 10 tahun dulu tapi masa itu belum ada perasaan istimewa” Pemilik nama Intan Nurladyana Mohamat Yahaya ini berkata dia tidak mahu terlalu berkongsi kisah peribadinya kepada umum kerana bimbang hubungan tersebut tidak berakhir seperti yang diinginkan. Intan selesa menjalinkan hubungan dengan Harris walaupun berbeza usia. “Kenal dah lama tapi mula rapat awal tahun ini. Baru beberapa bulan lalu kami bercinta. Kalau ada (bakal berkahwin), mesti akan beritahu. Tak mungkin saya tak nak beritahu. “Sejak daripada dulu saya suka keep in private. Tiba-tiba kalau tak jadi nanti malu. Lebih baik diam. Tak selesa cerita fasal peribadi. “Bercinta dengan lelaki berbeza umur ni tak salah. Sebab itu saya ambil pendekatan untuk tidak bercerita sangat. Takut orang lain pun bercakap benda itu dan saya tak suka, ” kata Intan kepada mStar. Intan ditemui ketika sidang media pelancaran dan pelantikannya sebagai duta produk AG Beauty di Hotel Mandarin Oriental, Kuala Lumpur pada Isnin. Menerusi laporan mStar pada 27 Mei lalu, Harris atau nama sebenar Nor Harris Alif Nor Rashidi, 21, mengakui kini sedang bahagia menjalinkan hubungan cinta dengan aktres berusia 38 tahun itu. Intan memilih untuk tidak terlalu terbuka bercerita tentang kisah peribadi. Pengacara program M-Pop itu turut menjelaskan perbezaan usia 17 tahun bukan penghalang untuk mereka meneruskan hubungan tersebut. Dalam pada itu, meskipun Harris lebih muda namun Intan menganggap teman lelakinya itu seorang yang matang dan mereka juga mudah berkomunikasi antara satu sama lain. “Dia lebih matang daripada usianya dan senang nak berkomunikasi. Dia faham apa yang kita nak sampaikan. Selalunya perbezaan umur ini susah nak berkomunikasi... tapi dengan dia tidak. “Dia tak macam lelaki yang sebaya dengannya. Saya pun baru mengenali dia, jadi tak tahu sangat lebih mendalami mengenai dia. Kita pun belajar benda baru daripada orang lain. “Memang tak ada masalah, kalau dah itu jodoh... lebih tua ke atau muda, nak buat macam mana. Tapi kalau dah memang ada keserasian dengan orang lebih berusia atau muda, saya okay saja, ” ujarnya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! TONTON VIDEO PILIHAN!