suria

Ara Johari kurung diri dalam rumah, tertekan dituduh ‘kaki mabuk’ - “Rasa macam orang asyik cakap benda itu saja... saya jadi takut”

Ara bersyukur mempunyai keluarga yang tidak henti memberi semangat kepadannya.

PENGALAMAN berdepan kontroversi melibatkan dakwaan yang agak keras iaitu 'kaki mabuk' pada Ogos lalu cukup memberi pengajaran kepada penyanyi Ara Johari.

Biarpun tidak pernah menjangkakan bakal berdepan dengan isu tersebut namun Ara atau nama sebenarnya Nurfarrah Izzatie Johari bersyukur kerana mempunyai keluarga yang sentiasa memberi semangat kepadanya.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya bersumpah tak pernah minum arak!” - Ara Johari jawab tuduhan ‘kaki mabuk’, minta tunjuk bukti

"Saya tahu apabila dah ceburi dunia hiburan pasti akan berdepan dengan kontroversi tapi saya tak jangka akan sampai seteruk ini. Ini pertama kali saya terpalit dengan kontroversi macam itu.

Ara tidak pernah menjangkakan akan terpalit dengan kontroversi yang paling teruk.

"Masa itu saya rasa pelik kenapa cerita seperti itu boleh timbul... macam mana boleh terjadi. Nasib baik ada keluarga saya beri sokongan dan selalu berpesan supaya biarkan saja apa orang nak kata.

"Saya punya back up adalah keluarga saya sendiri sebab mereka kenal saya macam mana dan bapa saya pun cakap jangan fikirkan sangat," kata Ara kepada mStar.

Ara ditemui di Havoc Food Festival 3.0 yang diadakan di Stadium Shah Alam baru-baru ini.

Selepas seminggu isu itu berlalu, saya bangkit semula dan biarkan saja apa orang nak cakap.

ARA JOHARI

PENYANYI

Sebelum ini, penyanyi berusia 23 tahun itu didakwa mempunyai masalah disiplin dan sengaja tidak hadir bagi menjayakan sebuah program hiburan gara-gara mengambil minuman keras.

Bagaimanapun menerusi temu bual bersama mStar pada 25 Ogos lalu, Ara menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan tindakkan dia menarik diri pada saat akhir disebabkan oleh faktor kesihatan.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Bunga ini mengakui dia berasa tertekan hingga bertindak mengurungkan diri di rumah.

Ara tidak keluar rumah selama seminggu disebabkan tertekan dengan kontroversi tersebut.

"Sejujurnya saya memang rasa down (tertekan) sangat sepanjang minggu itu sebab saya rasa macam mengarut. Kalau nak bercakap pun, janganlah sampai memfitnah saya yang bukan-bukan.

"Sepanjang waktu itu, saya rasa tak nak keluar rumah. Saya rasa macam orang asyik cakap benda itu saja... saya jadi takut.

"Selepas seminggu isu itu berlalu, saya bangkit semula dan biarkan saja apa orang nak cakap. Sekurang-kurangnya kita tak buat seperti yang didakwa. Saya difitnah pun dapat pahala juga," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan