suria

Elly Mazlein teruja pertama kali mengacara program masakan, sedia dibandingkan dengan 'Ketuk-Ketuk Ramadan'

Elly terbuka menerima kritikan dan pandangan penonton terhadap program masakan terbaharunya itu.

PENGACARA Elly Mazlein bersedia jika ada penonton membanding-bandingkan program masakan terbaharu kendaliannya iaitu Senduk Kuali Kak Lina Pom Pom dengan rancangan popular Ketuk-Ketuk Ramadan yang dihoskan oleh Sheila Rusly.

Menurut Elly, setiap program mempunyai kelebihan tersendiri dan dia terbuka menerima apa jua kritikan dalam memantapkan lagi pengacaraannya.

"Bila sebut program masakan di bulan Ramadan, semua orang sedia maklum program masakan Kak Sheila (Rusli) sebelum ini cukup popular.

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya ikut kata orang tua... kalau baru atau belum apa-apa, tak perlu kongsi lagi” - Elly Mazlein jawab soal hamil selepas sembilan bulan berkahwin

"Program itu bertahan selama 15 musim dan memiliki peminat yang ramai... saya sedar mungkin akan ada yang membandingkan program kami tapi saya terbuka menerima kritikan penonton kerana itu yang yang akan membuatkan kita kedepan.

Elly bersedia dengan sebarang kritikan membina.

"Kita pun faham akan ada penyokong Kak Sheila dan akan ada juga penyokong program baharu ini, jadi jika ada kritikan itu perkara normal, jangan ambil hati... rugi!," katanya kepada mStar.

Elly ditemui semasa majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di antara penerbit Mache Allstar United Sdn Bhd dan minyak masak Kijang Gold, baru-baru ini.

Penyanyi lagu Usah Ditambah Bara Yang Tersimpan ini diberi kepercayaan mengacarakan program masakan 29 episod yang akan bersiaran di RTM sepanjang bulan Ramadan tahun depan.

Sementara itu, Elly berkata dia teruja apabila pertama kalinya ditawarkan peluang mengacarakan sebuah program masakan.

"Ini pertama kali saya jadi pengacara program masakan, sebelum ini jadi tetamu sahaja. Sejujurnya saya memang suka memasak, di Instagram pun selalu saya tunjuk masak-masak.

Kalau sebut fasal masakan, mungkin tak jauh beza cumanya dalam program kita nanti ada segmen yang berbeza dan lebih santai.

ELLY MAZLEIN

PENGACARA

"Apabila produksi hubungi saya dan sanggup ke set penggambaran di Janda Baik semata-mata untuk menyatakan hasrat mereka mahu saya kendalikan program itu.

"Produksi beritahu apa perancangan mereka, saya suka idea itu dan buatkan saya tak tunggu lama untuk bersetuju," ujarnya.

Elly mengundang artis jemputan memasak bersamanya dalam program Senduk Kuali Kak Lina Pom Pom.

Bercerita mengenai konsep program masakan tersebut, Elly berkata Senduk Kuali Kak Lina Pom Pom membawa kelainan berbeza dengan rancangan masakan lain.

"Kalau sebut fasal masakan, mungkin tak jauh beza cumanya dalam program kita nanti ada segmen yang berbeza dan lebih santai.

"Masakan yang ditunjuk juga tak susah, senang penonton nak ikut... selain itu, artis-artis yang diundang semuanya hebat-hebat. Yang penting suami Kak Lina pun ada juga ya nanti!," katanya yang memaklumkan program tersebut sudah menjalani penggambaran bermula September lalu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain