suria

Ai Wahida muat naik foto tayang cincin, tak sangka ramai yang tanya - “Bukan hari bahagia saya... doakan jodoh cepat sampai”

Foto yang dimuat naik Ai Wahida mengundang tanda tanya netizen.

PERKONGSIAN foto penyanyi Ai Wahida sedang duduk di atas pelamin dengan menayangkan cincin di jari manisnya mengundang tanda tanya dalam kalangan netizen di laman sosial.

Ai Wahida atau mesra disapa Wawa, 22, berkata foto tersebut dimuat naik secara suka-suka ketika menghadiri majlis pertunangan rakan baiknya pada hujung minggu lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Gara-gara tak nampak 'berduit', penyanyi baharu, Ai Wahida sedih tidak dilayan penjual kasut berjenama - “Tak salah layan semua pelanggan sama”

Menurut Ai Wahida, dia tidak menyangka foto tersebut menimbulkan kekeliruan dan berharap peminat mendoakan dirinya bertemu dengan pasangan hidup dalam masa terdekat.



Ai Wahida nafi sudah bertunang.

"Foto yang saya muat naik itu bukan hari bahagia saya, saya tak bertunang pun. Itu adalah majlis tunang kawan rapat saya.

"Sebenarnya sudah memang banyak kali saya muat naik fasal tunang tapi tak sangka pula kali ini ramai yang akan bertanya.

"Buat masa terdekat ini saya belum ada perancangan untuk bertunang, tetapi saya berharap peminat doakan jodoh saya cepat sampai," katanya pada mStar.

Sebenarnya sudah memang banyak kali saya muat naik fasal tunang.

AI WAHIDA

PENYANYI

Penyanyi lagu Kembalilah Bersamanya itu diminta untuk mengulas spekulasi netizen yang mengatakan dia sudah mengikat tali pertunangan dengan seseorang.

Ruang komen di perkongsian tersebut dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada peminatnya.

Dalam perkembangan lain, Ai Wahida meluahkan rasa syukur apabila video klip lagu keduanya berjudul Mama sempat dirakam sebelum perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).



Ai Wahida terpaksa tangguh hasrat melancarkan lagu keduanya.

Bagaimanapun, proses untuk melancarkan video muzik tersebut di Kuala Lumpur terpaksa ditangguh berikutan dia kini berada di Johor Bahru.

"Video muzik single kedua saya sudah dirakam tetapi disebabkan PKPB, proses untuk melancarkan lagu tersebut tergendala seketika sebab saya berada di Johor Bahru.

"Insya-Allah kalau keadaan Covid-19 semakin pulih, perancangan untuk lancarkan lagu itu akan diteruskan," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain