PELAKON Siti Elizad meluahkan rasa syukur apabila proses pengambilan telur untuk rawatan kesuburan in-vitro (IVF) dalam usahanya untuk mendapatkan zuriat pada Rabu berjalan dengan lancar. Elizad atau nama sebenarnya Siti Elizad Mohamad Sharifuddin, 36, berkata dia akan berkongsi keputusan berkenaan proses tersebut pada minggu hadapan. ARTIKEL BERKAITAN: Siti Elizad mulakan ‘injection’ pertama IVF, suami belajar cara suntik di rumah - “Susahnya nak dapat awak ini anak” Tambah Elizad lagi, menjalani rawatan tersebut dalam keadaan negara berdepan dengan pandemik wabak Covid-19 juga memberikan lebih waktu untuk dia berehat. Elizad memulakan rawatan IVF sejak 7 Oktober lalu. "Alhamdulillah proses berjalan lancar cuma masih terasa sakit tetapi saya memandang itu semua dari sudut positif. Insya-Allah keputusan untuk proses tersebut akan keluar pada minggu hadapan. “Kalau dah ada keputusan, saya akan kongsikan dengan peminat. Sebenarnya saya pilih untuk lakukan proses IVF dalam tempoh pandemik sebab saya dapat lebih masa untuk berehat. “Saya berharap semua orang boleh mendoakan keadaan saya dan segala proses untuk dapatkan zuriat ini berjalan dengan lancar, ” kata Elizad kepada mStar. Kalau boleh kerja yang ringan pun tak apa. SITI ELIZAD PELAKON Sebelum ini, Elizad memberitahu dia sepatutnya sudah melakukan rawatan kesuburan pada Februari lalu, tetapi terpaksa ditunda kerana terikat dengan penggambaran drama bersiri. Pada 7 Oktober lalu, Elizad berkongsi pengalaman hari pertama rawatan itu dan memberitahu doktor turut mengajar suaminya iaitu Shamsul Baharin Abdul Rahman cara memberi suntikan di bahagian perut yang perlu dilakukan di rumah. Dalam pada itu, Elizad memberitahu dia tetap akan meneruskan tugasannya sebagai penyampai radio Sinar FM walaupun memerlukan rehat selepas menjalani proses tersebut. Elizad dan suami dalam usaha untuk mendapatkan zuriat. “Kalau ikutkan sebenarnya selepas proses pencantuman ini saya perlu berehat saja tapi saya ini seorang yang kuat bekerja dan memang tak suka sangat duduk rumah saja. “Disebabkan saya memang degil dan sejenis tak reti duduk diam, saya nak juga pergi. Kalau boleh kerja yang ringan pun tak apa. Sekarang ini, saya tetap teruskan bertugas sebagai penyampai radio, ” ujarnya. Pelakon drama bersiri Jalan Sesat Ke Syurga itu mendirikan rumah tangga dengan Shamsul Baharin Rahman pada 11 Januari 2015. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! TONTON VIDEO PILIHAN!