suria

Lama 'peram', penyanyi baharu Affizy Khairy lega akhirnya dapat lancarkan 'Tiada Apa'

Affizy olah semula lagu untuk sesuai dengan pendengar kini.

INGIN mencuba nasib dalam dunia seni, penyanyi baharu Affizy Khairy tampil mempertaruhkan lagu pertamanya berjudul Tiada Apa yang dihasilkan sejak beberapa tahun lalu.

Menurut Affizy, dia mengolah semula lagu tersebut yang pada asalnya dicipta oleh Demako selain mendapatkan sentuhan komposer Pujangga Malam.

Pemilik nama Muhammad Affizy Khairy Mohd Khairy Rajan ini turut meluahkan rasa syukur apabila karya yang diusahakan sejak beberapa tahun akhirnya dapat dikongsikan kepada umum.

"Setelah beberapa tahun bertungkus lumus menyiapkan lagu ini, akhirnya pada 20 September lalu, single ini berjaya dilancarkan secara rasmi di platform digital seperti Joox, Spotify dan Itunes.



Affizy Khairy cuba nasib sebagai penyanyi.

"Selain itu, muzik video rasmi bagi lagu tersebut juga telahpun berjaya dilancarkan di Youtube AJ Music pada 20 September lalu. Lagu ini merupakan ciptaan komposer Demoko ketika dia di bangku sekolah.

"Beberapa tahun kemudian, saya olah semula lagu ini dan mendapatkan komposer kedua iaitu Pujangga Malam," kata Affizy.

Sebagai pencipta lagu tersebut, Demoko berkata dia memilih genre rock balada kerana beranggapan dekat dan sesuai untuk pendengar di Malaysia.

Saya olah semula lagu ini dan mendapatkan komposer kedua iaitu Pujangga Malam.

AFFIZY KHAIRY

PENYANYI

Tambahnya, lagu Tiada Apa sesuai dengan citarasa pendengar tempatan kerana terdapat gabungan elemen penyusunan lagu baru dan lama.

Dalam pada itu, Affizy memberitahu lagu tersebut turut memberikan kesedaran kepada semua pendengar bahawa tiada perkara yang kekal di dunia ini.

"Jika cinta itu semata-mata hanya kerana manusia, jika kekayaan itu hanya semata-mata untuk diri sendiri, jika kemasyhuran itu hanya mampu membuatkan kita menjadi seseorang yang sombong.



Affizy memberitahu lagu tersebut memberi mesej yang baik.

"Jika kecantikan itu hanya menjadikan kita seseorang yang angkuh, maka ia tidak akan dapat mendatangkan apa-apa keuntungan atau kebaikan.

"Kami harap lagu ini dapat menjadi peringatan tentang tujuan sebenar kehidupan seorang manusia adalah untuk mentaati segala seruanNya dan menjauhi laranganNya sebagai hambaNya," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain