suria

Penuhi permintaan peminat, Mira Filzah kongsi video pertama #EmirAmirah di YouTube, dedah masakan dan warna baju 'first time dating'

Mira Filzah dan suami kongsi video YouTube bersama.

SELEPAS menerima banyak permintaan daripada peminat, pelakon popular Mira Filzah membuat keputusan berkongsi video bersama suami Wan Emir Astar menerusi saluran YouTube #EmirAmirah.

Pada penerangan di saluran itu, pasangan ini berkata, video itu dilakukan secara suka-suka dan hanya dikongsi untuk peminat-peminatnya sekali-sekala sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kalau tak suka abaikan saja, jangan baca” - Netizen hantar mesej luah perasaan menyampah, ini pula komen Mira Filzah

"Assalamualaikum dan hai semua... video pertama kami bersama. Kami buat keputusan membuat video ini kerana banyak permintaan untuk kami ada saluran YouTube bersama.

"Tapi untuk makluman bahawa video seperti ini tidak selalu kerana kami masih baru dalam hal ini.



Emir dan Mira selamat bergelar isteri pada 3 September lalu.

"Tunjukkan kasih sayang dan sokongan kepada kami dengan melanggan dan memberi tanda suka pada video ini.

"Kami juga mengalu-alukan cadangan anda untuk video seterusnya," ujarnya.

Menerusi video berdurasi hampir 10 minit itu, Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Badioezaman, 27, dan Emir melakukan cabaran saling mengenal atau knowing each other challenge.

Video seperti ini tidak selalu kerana kami masih baru dalam hal ini.

MIRA FILZAH

PELAKON DAN PENGACARA

Apa yang menarik pasangan ini berkongsi masakan pertama Mira kepada Emir iaitu nasi paprik dan warna baju yang dipakai pengacara Nona itu ketika kali pertama mereka berjumpa.

"Pertama kali kita jumpa I pakai baju warna apa, apa warna yang ada dekat I tak kisah tudung ke baju ke skirt ke. You punya senang kalau tak biru, hitam atau kelabu, jadi you kena teka I," soal Mira.

"Putih" jawab Emir.

Kebanyakan soalan berkaitan hubungan mereka berjaya dijawab oleh pasangan ini.

Selain itu, beberapa soalan lain turut diajukan seperti nama sekolah menengah, warna kegemaran, subjek kegemaran Emir dan waktu mereka dilahirkan.



Emir berjaya menjawab kebanyakan soalan tentang Mira.

Rata-rata peminat pasangan ini teruja dengan perkongsian tersebut dan menganggap video berkenaan mendedahkan sisi lain Emir yang dilihat pendiam sebenarnya banyak bercakap di hadapan kamera.

Malah, mereka turut mencadangkan Mira untuk berkongsi perkara-perkara lain seperti meninjau rumah atau bilik, cabaran masak bersama dan cabaran makeup suami isteri.

Mira dan Emir mendirikan rumah tangga pada 3 September lalu di Pusat Konvensyen Sime Darby, Kuala Lumpur.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain