suria

Caprice masuk hospital alami sesak nafas, netizen pula ‘offer’ diri nak jadi isteri - “Awak patut kahwin dengan saya saja”

Netizen anggap Caprice jatuh sakit sebagai petanda dia perlu berkahwin.

GARA-GARA tidak minum air secukupnya sehingga menyebabkan badan dehidrasi, penyanyi rap terkenal Caprice dibawa ke hospital selepas mengalami sesak nafas.

Menurut Caprice, dia berada tidak sedap badan sekitar pukul 4 pagi, Rabu menyebabkan terpaksa hubungi ambulans memandangkan masih dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

ARTIKEL BERKAITAN: Apa kaitan guna 'filter' di laman sosial boleh kena rogol? Caprice keliru sehingga berdebat dengan Fynn Jamal

"Pagi tadi (Rabu)... tiba-tiba terbangun sesak nafas dan badan rasa kering lain macam. Sebabkan PKPB, saya tidak dapat hubunggi rakan untuk ambil saya pada pukul 4 pagi.

Maaf guys, Insya-Allah kita akan kembali bekerja pada esok.

CAPRICE

PENYANYI RAP

"Jadi, saya hubungi ambulans. Nampaknya doktor beritahu saya mengalami dehidrasi... tak cukup minum air kot atau aircond kuat sangat.

"Maaf guys, Insya-Allah kita akan kembali bekerja pada esok (Khamis)," kata Caprice.

Penyanyi dah ahli perniagaan itu turut berkongsi video ketika dia berada dalam ambulans di laman Instagram miliknya.

Rata-rata netizen mendoakan agar Caprice cepat sembuh namun ada juga antara mereka yang menawarkan diri untuk menjadi isteri supaya dapat menjaganya selepas ini.



Caprice berkongsi video dia berada dalam ambulans.

"Saya belum tidur lagi pukul 4 pagi... awak patut kahwin dengan saya saja. Saya jaga baik.

"Cepatlah cari bini (isteri) sekurang-kurangnya boleh tengokkan Caprice kalau sakit macam ini.

"Semoga dipermudahkan segala urusan bro, kahwin cepat nanti boleh bini (isteri) tolong jaga," komen beberapa netizen.

Bagaimanapun tidak sampai satu hari ditahan wad, Caprice sudah kembali bekerja dan muncul dalam sebuah program yang bersiaran secara langsung pada malam, Rabu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain