suria

Adlin Aman Ramlie disoal polis ketika sekatan jalan, disangka individu dalam kostum Orang Utan - “Mati-mati aku ingat kau bro... karakter sama!”

Adlin Aman Ramlie disangka individu dalam kostum Orang Utan.

DISANGKA selebriti di sebalik kostum Orang Utan dalam program The Masked Singer Malaysia, pelakon Adlin Aman Ramlie berkata dia menerima banyak pertanyaan daripada orang ramai.

Bukan sahaja keluarga dan peminat yang bertanya mengenai penglibatannya itu, malah dia turut berdepan pengalaman disoal oleh polis ketika melalui sekatan jalan raya.

Lebih melucukan apabila birasnya yang juga pengacara program iaitu Datuk AC Mizal turut menyiasat adakah dia merupakan individu di sebalik kostum berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Misteri suara merdu terbongkar! Aina Abdul, Tuju K-Clique di sebalik kostum Bunga Raya dan Orang Utan!

"Maaf bro (AC Mizal) aku terpaksa berlakon dengan kau buat kau keliru... berminggu-minggu pula tu, sampai kau suruh Emy (Datin Emylia Rosnaida) check dengan Mel (Emelda Rosmila) aku ada dekat mana.

"Terima kasih juga untuk semua yang teka, agak pening jugalah nak jawab... sampai polis roadblock PKP pun soal aku.



Perkongsian Adlin di Instagram menarik perhatian pengikut.

"Terima kasih sekali lagi sebab korang semua ingat suara aku macam Tuju. Sebenarnya suara aku lagi power!" katanya.

Adlin menjawab mengenai tekaan salah orang ramai itu menerusi Instagram pada Sabtu.

Dalam persembahan akhir The Masked Singer Malaysia musim pertama, ahli kumpulan K-Clique iaitu Tuju merupakan selebriti di sebalik kostum Orang Utan.

Tahniah untuk semua peserta, saya sangat terhibur dengan rancangan ini. Tahniah AC Mizal tak pernah tak power!

ADLIN AMAN RAMLIE

PELAKON

Untuk edisi kali ini, Tuju menduduki tempat ketiga dan penyanyi Aina Abdul yang menyarungkan kostum Bunga Raya menjadi juara.

Manakala, bekas peserta Ceria Pop Megastar musim ketiga, Vanessa Ben Reynauld yang memakai kostum Rajah Brooke menduduki tempat kedua.

Sementara itu, Adlin turut mengakui terhibur dengan program tersebut dan memuji AC Mizal yang berjaya mengendalikan rancangan yang diadaptasi dari Korea Selatan itu dengan baik.



Akhirnya terbongkar Tuju K-Clique merupakan individu dalam kostum Orang Utan.

"Tahniah untuk semua peserta, saya sangat terhibur dengan rancangan ini. Tahniah AC Mizal tak pernah tak power.

"Akhir kata abang bukan Orang Utan dik!" ujarnya.

Pada malam Jumaat, AC menerusi Instagram berkata sepanjang mengacarakan program itu dia tertipu kerana menyangka individu dalam kostum Orang Utan itu adalah Adlin.

Ini kerana karakter yang ditunjukkan oleh selebriti dalam kostum berkenaan hampir sama seperti Adlin.

"Dah terjawab semua bukan Adlin Aman Ramlie! Mati-mati aku ingat kau bro... karakter sama macam lu bro," tulisnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain