PENYAMPAI radio Suria FM DJ Lin mempertahankan kategori Penyampai Radio Popular dua tahun berturut-turut di Anugerah Bintang Popular Berita Harian KE-33 (ABPBH33) yang berlangsung pada malam Jumaat. DJ Lin atau nama sebenar Roslinda Abdul Majid, 44, yang popular dengan segmen, Suria Cinta menewaskan 19 pencabar lain antaranya Haziq, Haiza, Shuk Sahar dan Jep Sepahtu. Menurut DJ Lin, kemenangan ini adalah hasil kerja keras peminat-peminat yang mengundinya. ARTIKEL BERKAITAN: Anak-anak tak paksa DJLin kahwin - “Masa dengan mereka pun tak banyak apa lagi jika ada suami” "Saya mengikut apa yg di war-war kan dan sudah tentu saya selalu balas DM dan berinteraksi dengan peminat.. Kemenangan ini adalah hasil kerja keras peminat-peminat yang mengundinya. "Jadi kena ambil berat dan balas semua pesanan peminat dan ikhlas Insya-Allah peminat dapat rasa keikhlasan kita. "Secara jujur, pengikut saya aktif di Facebook. Mungkin bagi selebriti lain khusus penyampai radio mereka hanya aktif di Instagram. "Saya all out di semua platform media sosial saya tak fokus satu platform sahaja, kita kena ingat untuk undi online, melibatkan peminat luar dan dalam negara. Ini merupakan kemenangan ketiga DJ Lin bagi kategori sama selepas kejayaan dicapai pada ABPBH 2015 dan edisi ke-32, tahun lalu. ABPBH33 yang dihoskan Datuk AC Mizal dan dan Nabila Huda bersiaran secara langsung dari Axiata Arena Kuala Lumpur pada malam Jumaat. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!