KUMPULAN Dolla menjelaskan persembahan lagu Lovesick Girls daripada kumpulan Blackpink adalah permintaan daripada pihak penganjur yang pada awalnya meminta mereka menyanyikan lagu BTS. Ahli kumpulan itu Sabronzo berkata, mereka tidak mahu bersikap 'demand' dengan menolak permintaan itu berikutan penyanyi Syamel turut menyanyikan lagu penyanyi lain. ARTIKEL BERKAITAN: Isu Dolla tiru Blackpink jadi perhatian media Korea Selatan - “Ramai yang komen positif terutamanya orang dari luar negara” Netizen pertikaikan tindakan Dolla menyanyikan lagu Blackpink di malam ABPBH33. "Sebenarnya pihak penganjur yang minta kami cover lagu dan mereka cadangkan lagu BTS tapi macam kurang sesuai dan lebih sesuai Blackpink. Sebenarnya kami tak kisah pun tak dapat nyanyi lagu sendiri. "Bukan Dolla saja yang perlu nyanyi lagu orang lain... Syamel pun sama. Dolla masih baharu dalam industri dan tak kan kami nak demand dengan menolak permintaan penganjur. "Dapat membuat persembahan di pentas yang besar dah bersyukur sangat. Kami sangat teruja pertama kali dapat peluang besar macam ini," kata Sab kepada mStar. Banyak juga dapat DM yang luah rasa sedih dan kecewa sebab kami tak nyanyi lagu sendiri. SABRONZO DOLLA Sebelum ini, persembahan kumpulan Dolla di ABPBH33 yang berlangsung pada Jumaat lalu mengundang rasa kecewa peminatnya apabila menyanyikan lagu 'cover' Lovesick Girls daripada kumpulan Blackpink. Selain Dolla, Syamel turut membuat persembahan dengan menyanyikan lagu Salahku (Yonnyboii) manakala Hafiz Suip dan Ernie Zakri menyampaikan lagu penyanyi Francissca Peter. Malam ABPBH33 yang diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil menyaksikan penyanyi Haqiem Rusli diumumkan sebagai Bintang Paling Popular ABPBH33. Dalam pada itu, Sabronzo mengakui mereka menerima banyak mesej daripada peminat yang meluahkan rasa sedih dengan pemilihan lagu tersebut. Dolla bersyukur ramai peminat beri sokongan. "Banyak juga dapat DM yang luah rasa sedih dan kecewa sebab kami tak nyanyi lagu sendiri. Tak apa... kami faham perasaan mereka. Insya-Allah, next event kami akan nyanyi lagu sendiri. "Kalau orang tak tahu cerita sebenar, mesti pertikaikan kenyataan kami sebelum ini yang mengatakan tidak mahu dikaitkan dengan Blackpink tapi tetap juga nyanyi lagu mereka. "Bagi saya, walaupun kami tidak mahu dikaitkan dengan Blackpink tapi itu tidak bermaksud yang kami tidak boleh berterusan bercakap dan menghargai karya mereka," ujarnya. Populariti Dolla yang dianggotai oleh Sabronzo, Angel, Syasya dan Tabby melonjak naik selepas isu meniru kumpulan Kpop popular Blackpink. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!